FREE

♥ Followers ♥

Mayat Lelaki yang Tidak Reput

Kisah ini adalah kisah benar,jadikan ia sebagai satu pengajaran buat kita semua..

Aku berminat untuk berkongsi cerita mengenai satu kisah benar yang aku telah baca dalam sebuah buku milik aku.

Mungkin sebahagian daripada anda telah mengetahui cerita ini tapi bagi yang masih belum tahu mengenai cerita ini,silalah baca mengenai cerita ini di  bawah.Aku harap cerita ini sedikit sebanyak dapat menginsafkan kita.

Kisah ini mengenai mayat seorang lelaki yang terkenal dengan nama Haji Mohsin yang berasal dari Pulau Pinang.
Beliau meninggal dunia akibat daripada serangan strok pada tahun 1987 dan merupakan bekas pegawai JAKIM.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak perempuan yang masih kecil.Kesemua anak beliau telah berjaya menjadi doktor,ahli farmasi lulusan Universiti Al-Azhar.Isterinya pula tidak sekadar suri rumah malah aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Mengenai Haji Mohsin ni,beliau dikatakan meninggal dunia dalam lingkungan umur 40-an dan beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.Mayat beliau didapati tidak reput ketika kubur bersebelahannya digali untuk mengkebumikan seorang mayat yang baru meninggal.
Ketika itu ramai yang menghantar mayat ke kubur berpeluang melihat mayat yang walaupun hanya nampak separuh badan dan separuh lagi ditimbus tanah,tapi mayatnya itu macam baru ditanam dengan daging dan otot-otot tangan dan kakinya masih segar lagi.

Disebabkan malam sebelum itu hujan lebat jadi kain kapan mayat basah dan melekat pada badan,sebab itu jelas kelihatan bentuk tubuh badannya.Kain kapannya pun tidak reput walaupun mayatnya sudah lama dikebumikan.Kain kapannya hanya kotor kerana kesan dari tanah yang sedang dikorek dan kain bantal yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi.

Demikianlah janji Allah tetap benar.Allah akan menjaga hamba-hambanya yang bersabar,beriman,bertaqwa serta beramal soleh hinggalah kepada mayatnya di dalam kubur.Terdapat juga keterangan bahawa diantara mayat-mayat orang soleh yang Allah pelihara dan tidak reput ialah mayat para nabi dan rasul,para waliyullah dan para penghafaz al-Quran.

No comments: