FREE

♥ Followers ♥

Nota Remaja

Bukan Semua Boleh dijadikan Teman.


Nabi s.a.w bersabda,maksudnya :
"Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah s.w.t,
maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga yang tidak didapatnya
dengan sesuatu amalannya."



Makna persaudaraan kerana Allah s.w.t dan perbezaannya dengan persaudaraan kerana keduniaan

Manusia itu mencintai orang lain,mungkin kerana dirinya yang bagus dan disukai
atau kerana dia menjadi alat kepada tujuan di luar dirinya dan tujuan itu berkaitan
dengan duniawi.Atau merupakan alat untuk mendapat bahagian di akhirat
atau kerana Allah dan demi Allah, tidak mendapat dunia mahupun akhirat, 
tetapi kerana dia termasuk hamba Allah.
Maka siapa menyukai sesuatu dia pun mencintai orang yang menyukainya, 
inilah persaudaraan kerana Allah.

Dikatakan seorang penyair dari Bani Amir:aku melewati rumah Laila.aku mencium dinding ini
dan ini bukanlah hatiku bergejolak kerana mencintai rumah itu tetapi
kerana mencintai orang yang tinggal di dalam rumah.
Sebagaimana cinta itu harus kerana Allah.
Maka sesiapa mencintai seseorang manusia kerana dia kekasih dari kekasihnya dan taat kepadanya
haruslah dia membenci musuhnya kerana dia menderhakainya.



Memilih Teman-bukan semua orang patut dijadikan teman


Amirul mukminin Ali r.a berkata: Janganlah bertemen dengan orang bodoh.
Awaslah kamu terhadapnya.Betapa banyak orang bodoh yang membinasakan orang bijak
ketika bertemu dengannya.
Manusia itu diukur dengan manusia lainnya bila manusia bergaul dengannya.
Sesuatu itu terhadapsesuatu lainnya mempunyai ukuran dan kesamaran.
dan hati menjadi petunjuk ketika bertemu dengannyaBetapa tidak,
orang yang dungu akan merugikanmu sedang ia ingin memberimu manfaat.
Seorang penyair berkata:aku merasa aman dari musuhku
yang berakal dan takut teman yang tertimpa kegilaan.
oleh kerana itu,dikatakan bahawa memutus hubungan dengan orang dungu
adalah pendekatan kepada Allah.Begitu pula dengan orang fasik,
tidak ada faedahnya bila berteman dengannya,
kerana siapa yang takut Allah,dia pun tidak terus menerus
melakukan dosa besar, dan siapa yang tidak takut Allah maka dia pun
akan terus menerus menggangu orang lain.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari
mengingati Kami serta menurut hawa nafsunya." (QS. Al Kahfi:28)



No comments: