Hai semuaa.. just nak kongsi dengan hampa semua topik dekat Helo Doktor rancangan baru kt Tv3 tadi.. topik dia pasal "Kemurungan selepas bersalin". Bagi aku topik ni sangat menarik sebab banyak input yang kita boleh ambik.. tambah2 untuk sapa yang tengah berpantang, baru bersalin atau bakal bersalin..
Pernah dengar tak pasal wanita meroyan selepas bersalin sampai sanggup bunuh anak.. pukul anak dan macam2 lagi lah.. Allahu.. takut dengar..
Memang lepas seseorang wanita bersalin dia sangat memerlukan support dari suami dan keluarga.. suami kena ambil port sama jaga anak dan isteri time isteri tengah berpantang.. bukan biar isteri jaga diri dengan anak sorang2..
Antara tanda2 kemurungan selepas bersalin:
1.kelihatan muram
Seringakali marah, menangis dan takot tanpa alasan munasabah.. berbeza dengan baby blues. kemurungan ni lebih teruk sehingga lebih dari dua minggu berbulan2 selepas melahirkan bayi.
2 . sukar tidur
kekurangan rehat dan tidur kadang kala menjejaskan emosi ibu..yang boleh menyebabkan seseorang mengalami halusinasi
3.kekeliruan
menganggap diri bersalah atau tidak cukup baik untuk pikul tanggungjawab menjadi ibu..
4 . mengasingkan diri
kelihatan kurang bersemangat, tidak suka bersemuka dengan orang luar dan lebih suka untuk bersendirian.
5.perubahan pola makanan
menjadi kurang selera untuk makan atau terlebih makan disebabkan perubahan emosi
Jadi itu sahaja untuk dikongsi dengan hampa semua.. bila bersalin ni memang macam2 kita akan pikir.. normal kalau emosi kita tak stabil untuk minggu pertama tu sebab tu nama dia baby blue.. kalau lebih dari seminggu tu kena berjaga2.. suami dan keluarga kena bagi sokongan dan nasihat untuk ibu tersebut.. jangan bagi tekanan untuk ibu.. sekiann..
No comments:
Post a Comment