"Apakah reda hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal. Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang yang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya Allah memberi dia satu pahala kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba untuk membela agama Islam. "
Alhamdulillah, aku sudah merasai nikmat mengandungkan zuriatku serta rasa sakit untuk melahirkan anak lelakiku.. Terima kasih ya Allah atas amanah yang Engkau berikan ini..
Mengandung selama 9bulan dan dimana aku perlu berjauhan dengan suami.. bukanlah suatu perkara mudah.. Aku berada di Georgetown manakala suami aku ketika itu berada di Kedah.. Berjauhan dengan suami ketika sedang hamil memang menguji aku.. Tapi aku kuat demi anak dalam kandungan aku. Penatnya berjalan menaiki bas rapid seterusnya menaiki feri untuk ke seberang.. dan seterusnya perlu menaiki bas untuk pulang ke kampung berjumpa dengan suami tercinta.... kadangkala suami akan datang menjemput aku jika hari cuti... kadang suami, ibu serta ayah mertua yang akan menghantar aku ke pulau semula apabila cuti sudah habis.. Hal ini kerana mereka khuatir akan kesihatan diriku yang ketika itu sedang berbadan dua.. Alhamdulillah, budi mereka hanya Allah yang dapat membalasnya.. Sepanjang mengandungkan Muhammad anakku, bagi aku sangat menyenangkan.. tiada mengidam yang pelik-pelik.. cuma cucur cempedak sahaja.. tetapi pada ketika itu bukan musimnya lagi..tapi ayah mertua dan suami berjaya menyediakan buah cempedak untuk aku.. morning sickness 3bulan pertama itu biasa la untuk orang mengandung.. itu ujian biasa itu seorang ibu!
Masa kandunganan mencecah 6bulan,aku telah terjatuh di dalam bilik air di rumah mertuaku semasa ingin melangkah masuk untuk mandi. Ya Allah ketika itu memang dalam fikiran aku hanyalah perkara buruk sahaja. Mujur Allah panjangkan umur zuriat anakku. Alhamdulillah tiada tumpah darah..kebetulan pagi itu memang TCA aku di klinik.. jadi doktor telah scan kandungan aku.. syukur semuanyaa baik2 sahaja..
Itulah antara ujian dan cabaran yang aku telah lalui semasa mengandungkan anakku..
No comments:
Post a Comment