Ada tak sesapa yang tengah baca ni berminat nak jadi jururawat.? Kalau betoi berminat takpa, tapi kalau yg 50-50 tu baik hampa pikiaq baik-baik. Bukan nak bagi takut ka apa, tapi memang mencabar sangat-sangat lagi-lagi kalau hampa kena duduk kat wad multidisipin atau medikal.. dapat pulak hospital pakar and ofkos la super duper busy like HKL Hospital Kuala Lumpur & GH Penang. Ya Allah penat dia hanya Tuhan saja yang tau.. kita keja non stop.. kadang makan.. nak kencing.. nak berak pun takdan tau.. Lepastu mental pulak kena kental nak berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Hurmm.. macam-macam perangai ada cik oii.. dari yang sengal ubi, si tanggang tak mengenang budi, bajet anak raja.. dan banyak lagi perangai orang yang kita kena hadap.. time tu hang akan rasa hang ni ibarat macam kuli ja.. tu belum masuk lagi part arahan dari orang atasan yang kita kena ikot.. padahal arahan yang ntah apa-apa.. tapi what to do.. kita ni insan kerdil yang kalau melawan pun kita tetap akan KALAH jugak.. Fizikal pulak kena kuat.. hang kena jaga ramai orang pesakit.. lain la kalau hang duk kat icu tu.. untung laa.. jaga berapa orang ja.. paling ramai pun dua orang.. kalau nasib hang tak baik dapat wad medikal siap la hang kena jaga atau incas 13-14 orang pesakit dalam satu syif..tu belum masuk pesakit yang nazak dan pesakit yang ada masalah mental.. cuba bayangkan.. Kami kerja kadang tak harap apa pun.. tak kisah kalau kerja busy asalkan pengurusan tak membebankan.. ni kita la nak kena jaga pesakit.. kita la nak kena suap pesakit kita la nak kena carry out plan doktor.. kita la nak kena tukaq pampers bagi mandi pesakit semua.. kita la nak bagi ubat kat pesakit.. kita la nak kena tulis report.. kita bukan jaga pesakit sorang tau.. kita kena jaga lebih dari 10 orang.. bukan suatu angka yang sikit nah.. mai pulak orang atasan yang hanya tau mengarah lagi buat kita makin stress. bukan nak bantu menyenangkan kerja. Jadi bagi sapa yang berminat nak jadi jururawat tu fikir dulu 200% sanggup tak nak hadap semua benda ni.. Bagi semua jururawat wad medikal/neuromedical/multidisipin.. anda semua memang ohsemmmm! bukan semua jururawat dari wad lain mampu jadi macam kita! Semoga pekerjaan kita menjadi ibadah untuk kita..
No comments:
Post a Comment