Bagi pemohon yang telah memohon untuk mendapatkan Bantuan
Rakyat 2014 (BR1M 3.0), bolehlah menyemak keputusan pada hari ini, bagi mereka
yang bernasib baik semalam pun dapat dah duit BR1M dah.
Bagi anda yang masih belum semak boleh semak kemasukan duit BR1M di akaun bank anda, dan bagi yang malas nak keluar rumah boleh semak guna cimbclick kalau anda menggunakan akaun cimb semasa mendaftar dahulu.
Alhamdulillah syukur, walaupun umur saya belum mencecah 21 tahun (genap 21 pada 30 Jun) tetapi dapat jugak merasa duit BR1M sebanyak RM 300. Walaupun jumlah tak seberapa bagi sesetangah orang, bagi saya RM300 tu serba sedikit cukup untuk meringankan beban. Banyak benda yang kita boleh buat dengan RM 300 tu kalau kita bijak dalam perbelanjaan harian. Lagipun sebelum kita dapat BR1M ni boleh ja kita hidup dengan duit gaji/elaun yang kita ada kannn. So, bila dapat bantuan ni kita sepatutnya bersyukur, bukannya meluahkan kata-kata tidak puas hati dekat laman sosial. Perlakuan sesetengah pihak yang bersikap sebegitu, saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan pemikiran mereka seperti anak kecil yang masih belum matang.
No comments:
Post a Comment