FREE

♥ Followers ♥

Banner Untuk Blog

Hari ni rasa macam nak flashback balik banner-banner yang dibuat sendiri oleh hasil titik peluh jari jemariku mengedit gambauu untuk dibuat banner bagi Blog Biskutmarry ni. Kenapa ku pilih nama biskut? kerna sewaktu ingin mendaftarkannya aku udah ngak punya idea, yang masuk ke dalam pemikiranku hanyalah nama biskutmarry sajaa. Oleh itu,aku meletakkan namanya Biskutmarry. 
Tanpa berceloteh panjang mari kita lihat berapa banyak banner-banner yang udah aku buat since Aprill 2011 until now January 2014. Jemput baca semua..


1.
FYI, this is my 1st banner for my lovely blog. Ni kira 1st time la aku start edit mengedit untuk banner. Just simple, ada bunga 2 kuntum pastu title 'Single is better'. I love simple thing, tak suka serabut serabut, rasa semak biji mata. Title tersebut masih digunakan hingga sekarang dan rasa macam nk tukar ke nama lain pulak, tapi susah jugak kalau nak tukar sebab fanpage dah guna nama Blog single is better dan dah tak boleh nak tukar dah. Soooo sad :(
Dan aku hanya menggunakan paint serta microsoft office manager sahaja untuk buat banner ni.

2.
2nd banner aku rasa yang ni, ni pun hasil buatan sendiri jugak tanpa meminta bantuan daripada insan lain. Simple jugak. ada orang sorang tengah pegang love. Kenapa ada sorang saja? dah terang lagi bersuluh terpapar single is better kan. Haha. Even kadang2 ada la orang cakap macam poyo je single is better tu, aku tak peduli, sebab haters ni sentiasa ada di mana saja kita berada.Just relax bebeh!
Yang ni aku menggunakan paint serta edit menggunakan picnik.

3.
3rd yang ni, dan banner ni la paling lama berjasa untuk blog ni. Yg ni nampak ada kematangan sikit dari segi efek pada warna dan image yang digunakan berbanding banner yang sebelum ni. Dan banner ni dihasil menggunakan paint dan juga picnik. Tapi sekarang ni picnik.com dah tak boleh digunakan lagi dah sebab perkhidmatannya sudah dihentikan.

4.
Dan yang terbaru, banner yang dihasilkan semalam. 1st doodle yang aku buat. Susah jugak nak buat doodle ni rupanya. Nasib baik la semangat aku kuat untuk siapkan doodle nurse yang comey ni walaupun tak smooth macam doodles orang lain yang gempak gempur tuu. Tapi atleast, aku amat berpuas hati dengan doodle yang aku buat ni menggunakan paint sahaja. Kenapa aku lukis nurse comel ni?sebab insyaAllah tahun depan aku dan nak jadi staffnurse dah woihh,cepatnya masa berlalu.
Background banner aku edit menggunakan befunky sahaja.

Sebenarnya, ada banyak lagi banner yang aku buat tapi yang kat atas tu antara banner agak lama tempoh perkhidmatannya.

5.
Yang ni pun aku ada guna jugak, tapi rasanya kejap je aku letak sebab rasa macam malu pulak tayang muka besau besau kat olang lamai. Almaklumlah, saya ni jenis olang yang shy shy cat maa. Yang ni aku edit sepenuhnya guna adobephotoshop, time ni baru belajaq-belajaq edit guna adobephotoshop ni. Tak pro sangat.

6.
Yang ni sepatutnya yang 1st aku edit guna adobephotoshop, banner yang sebelum ni yang kedua aku hasilkan guna adobephotoshop. Yg ni pun pasang kejap je.


7.
Yg ni memang tak guna langsung,cuma buat pastu save dalam lappy buat harta karun

8.
ni pun guna kejap jugak. edit menggunakan picnik,paint dan adobe sahaja

9.
yang ni memang tak digunakan langsung sebab aku rasa macam huduh. Hehe

10.
Yg ni pun tak pernah digunakan sebab tengok macam semak sangat.


11.
Dan yang last sekali adalah yang ni. banner ni masih digunakan sebagai cover dekat fanpage. Yang ni pun aku edit guna photoshop jugak.

Okeh, dah penat dah berceloteh, ayat dari panjang berjela kat atas, turun ke bawah dah jadi semakin pendek. Hehe. Dalam sebelas sebelas banner ni yang mana korang rasa paling cantik ^__^ dan yang paling terukkk >,<??




1 comment:

Sue Bee said...

pandai awak buat doodle..SB guna TAK DA banner..hahahaaa...!!!