FREE

♥ Followers ♥

Makanan seimbang untuk Ibu Antenatal,Post Natal & Makanan Pelengkap

Assalamualaikum,

Dapat jugak curi-curi masa hari ni untuk tambah satu lagi entry. Kali ni mengenai Makanan Seimbang untuk Ibu Antenatal yakni ibu hamil dan ibu post natal yakni ibu selepas bersalin serta Makanan Pelengkap untuk bayi dan kanak-kanak.

Pada 29/8/2013 telah diadakan demonstrasi masakan oleh basik 1/2012 (semester4) bertempat di dataran di hadapan Dewan Perdana KSKB Sultan Azlan Shah,Ulu Kinta. Tengok gambar dulu yukk..




MAKANAN SEIMBANG IBU ANTENATAL
Sarapan Pagi:
Nasi Lemak
Jus buah-buahan
Minum Pagi:
Biskut
Susu
Makan Tengahari:
Nasi Putih
Tomyam
Buah
Jus
Makan Malam:
Bihun sup
Jus

MAKANAN SEIMBANG IBU POST NATAL
Sarapan Pagi:
Roti Bakar
Telur 1/2 masak
Jus
Minum Pagi:
Kek
Susu
Makan Tengahari:
Nasi Putih
Ayam halia kukus
Jus
Minum Petang:
Bubur Jagung 
Milo
Makan Malam:
Bihun Goreng
Teh
Supper:
Biskut 
Milo

MAKANAN PELENGKAP BAYI 6-8 BULAN
1 1/2 cawan Bubur cair
2 sudu teh Daging/isi ikan
1/4 cawan Sayur bayam
1/2 Pisang saiz kecil/1/4 Betik
1 sudu teh Minyak
Susu

MAKANAN PELENGKAP BAYI 9-12 BULAN
2 cawan Bubur pekat
2 sudu teh Daging/isi ikan @ 1/2 biji telur
1/2 cawan Sayur bayam
2 Pisang saiz kecil/1Betik
1 1/2sudu teh Minyak
Susu

MAKANAN PELENGKAP BAYI 2-3 TAHUN
2 cawan Nasi
1/2 ekor ikan kembung saiz sedang/1 biji telur
1 cawan Sayur bayam
2 Pisang saiz kecil/1Betik
1 sudu teh Minyak
Susu

#Ini hanyalah contoh dalam penyediaan makanan seimbang dan makanan pelengkap.



Kelebihan Hari Jumaat

ASSALAMUALAIKUM..
Memandangkan hari ni kan hari Jumaat jadi hari ini saya nak cerita sedikit tentang kelebihan hari Jumaat. Moga-moga kita semua memperoleh manfaat.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. 



1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Ia adalah hari nabi Adam diciptakan, dan hari nabi Adam diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.

 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. 
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Bagi kaum lelaki jangan lupa pergi sembahyang Jumaat tau...
Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristighfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa asalkan kita jadi lebih baik. =)