FREE

♥ Followers ♥

Istimewa Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, malam pertama Ramadhan telah pun berjaya kita lalui dan malam kedua bakal kita jalani. Semoga dosa kita dan kedua orang tua kita diampunkan oleh Allah.


Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.
Sebulan ada 30 hari dan Rasululullah membahagikan Ramadhan itu kepada 3 fasa.Seperti yang sedia maklum,ramai yang tahu 3 fasa yang di sebut oleh baginda s.a.w.3 fasa tersebut ialah :
  • Fasa Pertama - Rahmat Allah.
  • Fasa Kedua   - Keampunan Allah.
  • Fasa Ketiga   - Bebas daripada Api Neraka Allah.
Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan.
Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia.Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan.
Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan .Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.

Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan.
10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam lailatulqadar.Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup rapat.

Itu saja perkongsian untuk kali ini, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berbuka :)

No comments: