FREE

♥ Followers ♥

Jangan Membujang



“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan.Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Surah An-Nur: 32).

Islam menggalakkan pernikahan untuk memenuhi fitrah setiap insan dengan jalan yang sah serta diredhai tuhan. apabila nikah atau kahwin seseorang itu amatlah tenang jiwanya, sangat besar ertinya sehingga dikatakan sempurnakan sebahagian agama seseorang Muslim atau Muslimah.

Nabi muhammad itu manusia biasa dan juga berkahwin, sebab itu islam menolak sistem kerahiban yang menbujang dan tidak mahu berkahwin, kerana perkahwinan adalah fitrah manusia yang normal dan juga taat pada agama.

Membujang akan menyeksa diri, maka kahwinlah dengan wanita-wanita yang boleh melahirkan anak yang ramai dan penyayang serta yang paling penting adalah agamanya, kahwinilah lelaki yang mentaati allah dan rasulnya serta agamanya agar dapat membimbing kita dan anak-anak.

No comments: