Ingat bait-bait lagu yang dinyayikan Najwa Latif??
'Bertemu di mukabuku ku jatuh hati padamu,
Bukan taknak mengaku tapi hati rasa malu.. 
*nyanyi sikit-sikit dah..  
Sangat bahaya yer bercinta dengan orang yang kita betul-betul tak kenal di Facebook, so hati-hati lah bila dah berkawan dengan seseorang tu. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis terutamanya lelaki kasanova.
Ada satu kisah ni kisah benar mengenai seorang budak perempuan yang penah dirogol gara-gara...........
 i
Belum masuk sekolah menengah sudah pandai ponteng kelas untuk 
berjumpa teman lelaki. November lalu gadis berusia baru 12 tahun itu 
pertama kali dirogol oleh pakwenya yang berusia 16 tahun.
Selepas kejadian pertama itu pelajar tersebut, kini 13, mengakui beberapa kali dirogol remaja yang sama.
“Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah 
keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di 
Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya,” kata si 
gadis seperti yang disiar media, kelmarin.
Perlu diingat, hubungan seks beberapa kali itu menjadi jenayah rogol 
sebab gadis masih di bawah umur. Sekiranya tidak berstatus bawah umur, 
perlakuan ketika ponteng sekolah itu tidak dikira rogol, dan dianggap 
hanya sebagai ‘bertukar-tukar hadiah suka sama suka’.
Siapa agaknya yang patut disalahkan dalam kes malang ini? Adakah 
remaja 16 tahun yang pandai memujuk rayu, mungkin meniru ala-ala 
romantis dari filem Hindustan, atau dari siri drama Korea yang banyak 
ditayangkan di TV kita sekarang.
Boleh jadi juga salah si gadis sebab cepat tergoda dan menyerah. Atau
 adakah salah ibu bapa pelajar berkenaan yang gagal mengawasi pergerakan
 anak sehingga acap ponteng sekolah untuk bercumbuan.
Tetapi, rata-rata orang menyalahkan Facebook. Laman sosial itulah 
yang mula mengenalkan ‘Romeo’ dan ‘Juliet’ berkenaan. Seperti yang 
diakui Juliet, dia mula menjalin hubungan di alam siber pertengahan 
tahun lalu.
Dari alam siber ke alam nyata, dan… Apabila Mark Zuckerberg mula 
mencipta Facebook pada 2004 – ketika itu usianya baru 20 tahun – dia 
mungkin tidak terfikir sisi-sisi negatif yang bakal dicetuskan oleh 
hasil rekaannya itu. Atau, boleh jadi juga si genius komputer itu memang
 sudah menjangka akibatnya, dan hanya mengambil sikap ‘ada aku kisah?'
Hari ini, tidak sampai sepuluh tahun, laman sosial ciptaan pelajar 
tercicir Havard itu mempunyai pelanggan lebih 250 juta di seluruh dunia,
 dan Zuckerberg menjadi jutawan, sekali gus selebriti dunia. Tidak 
dinafikan banyak manfaatnya. Maklumat dan data tersebar dan diterima di 
hujung jari.
Apa yang terjadi di sebelah sana, diketahui di sebelah sini 
dalam beberapa saat. Pasaran saham, keputusan pilihan raya, perlawanan 
bola sepak Piala Eropah, semuanya boleh diketahui dalam sekelip mata.
Tetapi banyak juga kesan buruknya. Orang boleh melakukan jenayah 
menerusi laman maya ini. Seperti yang diberitakan dari London kelmarin, 
maklumat yang dikumpulkan akta kebebasan maklumat United Kingdom 
mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan 
dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.
Menurut laporan itu, tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut 
mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu. 
Bukan setakat itu, laman tersebut juga dijadikan rujukan bagi 
penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, 
serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.
Di tempat kita Facebook menjadi medan peperangan, lebih-lebih lagi 
pada musim-musim pilihan raya seperti sekarang. Siapa sahaja boleh 
menuduh apa sahaja menerusi laman popular ini. 
 Detik demi detik telefon 
bimbit kita berdecit, pasti ada fitnah baru yang masuk dalam Facebook 
kita.
Malah, sudah banyak juga kes orang kita terpedaya menerusi laman maya
 ini. 
Ada lelaki tampan, bahasanya indah dan amat mendayu, hingga 
memikat hati seorang wanita.<--hati-hati yer kaum wanita sekalian..
Apabila hati sudah terpikat, masa akan banyak dihabiskan melayan 
jejaka tampan itu menerusi alam maya. Hari demi hari saling berbalas bahasa 
indah, tidak disedari cinta telah bersemi di alam maya. Meski hanya 
dalam maya, keasyikannya amat luar biasa.
Gambar bertukar gambar, termasuk aksi paling menggiurkan. Kemudian si
 jejaka mula meminta wang untuk urusan yang kononnya membolehkan mereka 
bertemu di KL.
Demi cinta wang dimasukkan dalam akaun tanpa sedikit pun rasa ragu. 
Hanya setelah beberapa bulan berlalu, dan RM puluhan ribu telah diberi, 
barulah diketahui jejaka yang dipuja dan didodoikan menerusi maya itu, 
rupanya satu penipuan terancang.
Cerita seperti ini semakin kerap kita dengar. Facebook, sama seperti 
Internet, sentiasa ada manfaat dan kebaikan. Tetapi, sentiasa juga ada 
bahaya dan keburukan. Jangan salahkan Zuckerberg. Kita tidak perlu lari 
dari kecanggihan maya. Tetapi perlu menggunakan fikiran, bukan perasaan.
 


 
1 comment:
sangat setuju,, kita tak boleh menyalahkan laptop yang tak leh berfikir,, kecuali kalau kita yang masukkan data ke dalamnya,,, tak gitu?
Post a Comment