FREE

♥ Followers ♥

Kenapa saya tiada boyfriend??


Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengalami masalah yang serupa termasuk diri ini sendiri.

Hati ni nak sangat bercinta,berkapel TAPI dalam pada waktu yang sama hati ni TOLAK semua lelaki yang mintak untuk ber’in a relationship dengannya..WHY?? (bunyi macam bajet perempuan hot je kann,sebenarnya tak hot pun sebab neraka lagi hot okeh..hewhew)
Ini sebab Allah sedang melindungi hatinya daripada melakukan perkara yang mungkar.

Ada orang cakap..

“Alahai kapel je pon..kita tak touching kan..”

Boleh pandang-pandang,
Jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang..,

Memang la tak sentuh-sentuh,pegang-pegang tapi sedar tak kita tengah menaikkan nafsu kita. DAN waktu tu syaitan mula la menjalankan tugasnya iaitu menghasut anak ADAM.
Mungkin hari ni kita tak pegang-pegang.. hari lain belum tentu lagi sebab syaitan tu sentiasa mencuba menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Bersyukurlah jika kita tidak terlibat dengan perkara-perkara maksiat ni dan berdoalah supaya Allah sentiasa melindungi kita.

Dan percayalah bahawa Allah telah siap menyimpan seorang yang halal dan terbaik untuk kita.

Dan jika ditanya….

Kenapa saya tidak mempunyai kekasih (BOYFRIEND)??

Jawapannya..


Saya beriman, saya tidak boleh melakukan apa yang tidak menyenangkan TUHAN saya. DIA mengarahkan saya tidak mempunyai teman lelaki, jadi saya perlu mentaatiNya.

Mak saya memdidik saya untuk menjadi seorang wanita solehah supaya saya layak dengan seorang lelaki yang soleh. Beliau tidak pernah mendidik saya untuk menjadi boneka di tangan mana-mana lelaki. Saya bukan seorang gadis yang mudah yang akan kagum dengan kata-kata cinta yang manis seorang lelaki, tetapi saya seorang gadis yang diibaratkan sebagai permata di lautan. Tiada siapa yang boleh menyentuhnya tetapi seorang lelaki yang berani sahaja yang akan memperoleh dan menghargai keindahannya.

Jadilah seorang gadis yang MAHAL kerana yang mahal itu lebih berharga berbanding yang MURAH J

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.