FREE

♥ Followers ♥

Hadiah paling sesuai untuk si gadis


Assalamualaikum semua,
Motif entry hari ni cuma nak senaraikan barang2 yang sesuai dijadikan hadiah hari jadi untuk si gadis macam saya. Almaklumlah my birthday dah tak lama dah, penghujung bulan Jun ni je and im gonna be 19 y/s..Erkk dah besau rupanya..-,-. Kot2 la lepas hapdet entry ni time birthday nanti ada secret admire (perasannn.puii) mai hantar hadiah kat depan pintu atau post hadiah kat rumah..Memang bertuah ler kalau ada orang sanggup buat macam tu. Tak penah lagi la ada orang buat kat aku macam tu..-,-
Selain dari ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya bagi seorang gadis hadiah dari seseorang amatlah kami hargai. Kat sini ada senarai 5 barang yang kami (gadis) amat suka dan berharap akan dapat :)
  1. Coklat – Ramai wanita gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini. Tapi ada jugak sesetengah orang tak suka sangat coklat sebab coklat tak boleh simpan buat kenangan just boleh simpan dalam perut je laa. Tapi kalau dah ada orang bagi kat aku, aku ambik laa, rezeki jangan ditolak..yedakk??
  2. Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada kami pun sudah cukup buatkan kami gembira terangkat terbang ke langit. Kadang-kadang sampai dah layu dan jadi buruk pun kami sanggup simpan tanda betapa kami menghargai pemberian hadiah tersebut.
  1. Teddy Bear – Kami memang suka benda2 yang comel2 macam teddy bear ni. I think the most sweet thing yang boleh dijadikan hadiah yang menarik ialah teddy bear lah. Sangat sweet. I hope someone can give me a teddy bear during my birthday.HuhU.Nak yang besOr punye ekk..(demand la pulakk kan)-,-
  2. Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu. Wow suwit habis laa. But, aku tak minat sangat jam, pergi mana2 pun kadang2 lupa pakai jam, just tengok jam kat handphone. 
  3. Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Oppss maybe tu perempuan lain kot but not me. Novel ni memang sesuai jugak bagi kat orang perempuan sebab majoriti suka giler baca novel . Tapi tolong la jangan bagi kat aku sebab aku tak berkenan langsung nak baca buku yang tebal2 ni. Mungkin buku tu aku akan simpan elok2 dalam almari, kalau nak baca tu mungkin baca sinopsis kat belakang je la kot. So, kenal pasti dulu sama ada gadis tu gemar ke tidak baca novel sebelum nak bagi kat dia novel sebagai hadiah.
Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi.

No comments: