Aril Enggan Komen Bercinta Dengan Dayana
Bukan tidak mahu berkongsi mengenai hal peribadinya yang didakwa sedang hangat bercinta dengan Dayana Anak Wayang, namun Aril memberitahu belum sampai masanya untuk dia memberi apa-apa penjelasan.
"Terus-terang saya sekarang tidak bersedia untuk mengulas lebih lanjut mengenai apa yang terjadi terhadap hubungan saya dengan Dayana.
"Saya memang hendak berkongsi mengenai hal peribadi kepada peminat tetapi bukan masanya lagi dan biarlah saya tumpukan dahulu kepada kerjaya seni saya daripada melayan perkara-perkara lain," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my.
Aril diminta mengulas lanjut mengenai gosip yang tersebar di laman sesawang mengenainya yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Dayana Anak Wayang.
Gosip tersebut tersebar selepas ada pihak yang melihat kelibat mereka yang sering bersama di pusat membeli-belah serta baru-baru ini didakwa bercuti bersama ke Bali, Indonesia.
Aril yang terus berkeras untuk tetap tidak mahu mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu berkata, dia lebih rela gosip yang tersebar menjadi tanda tanya ramai pihak.
"Saya tidak terkejut dengan gosip yang tersebar itu kerana bagi saya ianya suatu perkara yang normal bagi seorang artis.
"Cuma agak kelakar dan janggal pula rasa kerana sudah lama saya tidak digosipkan sebegitu.
"Biarlah apa orang nak fikir dan mengata, asalkan ianya tidak keluar apa-apa kenyataan daripada saya mengenai kesahihan gosip tersebut.
"Lambat laun, saya akan tampil juga untuk menjelaskan semuanya," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aril yang sedang dalam proses menjalani projek nyanyian yang masih mahu dirahsiakannya, baru sahaja selesai merakamkan program Di Mana Joe Jambul yang menampilkan dirinya sebagai pengacara.
sumber:murai

No comments:
Post a Comment