FREE

♥ Followers ♥

Pemilik Tulang Rusukku : Aku menunggumu


♥Duhai Pemilik Tulang Rusukku - Aku menunggumu.♥
 
Kepada kaum lelaki di akhir zaman..
Jangan kau harapkan sebuah kesempurnaan..
kepada wanita yang kau jadikan pasangan..
Kerana wanita juga mempunyai keterbatasan..

Ingatlah...

Wanita yang akan kau nikahi tak sehebat Khadijah...
Yang mengorbankan apapun untuk kekasih Allah..
Ia tak seperti Aisyah,yang luar biasa kecerdasannya..
Ia juga tak sesolehah Fatimah Az-Zahra..
Kerana ia hanya wanita akhir zaman..
Yang tentu memiliki banyak kesalahan dan kelemahan..
Ia hanya ingin mendampingimu dengan kesederhanaan yang dimilikinya..
Menjadi satu-satunya hawa dalam duniamu...menemanimu dalam sisa hidupnya.
Bersama mengharungi sisa sisa episod kehidupan dari-Nya....

Kepada kaum lelaki di akhir zaman....
Sayangilah pendampingmu...
Seperti engkau menyayangi dirimu sendiri.
Jika engkau menyakitinya...
Ingatlah bahawa engkau telah menyakiti dirimu....
Kerana wanita adalah makhluk indah yang diciptakan dari tulang rusukmu..sebahagian dari dirimu.....

Kepada kaum wanita di akhir zaman...
Ingatlah...
Lelaki yang akan kau nikahi tak akan sesempurna Muhammad..
Tak akan sekaya Sulaiman dengan harta duniawi yang dikurniakanNya..
Ia juga tak setampan Yusuf, kerana ia hanya lelaki akhir zaman.
Yang akan menjadi imam di duniamu dan akhiratmu...
Yang akan mendampingimu di syurgaNya
dan menjadi ayah dari para mujahid dan mujahidah dari rahimmu...

Kepada kaum wanita di akhir zaman...
Sayangilah pendampingmu ...
lebih dari engkau menyayangi dirimu sendiri..
Kerana merekalah yang akan membimbingmu ke syurgaNya...
Berbaktilah pada mereka....
kerana syurgamu terletak pada keredhaannya....


No comments: