FREE

♥ Followers ♥

Perlu ke sambut Hari Kekasih?

Hukum sambut dan merayakan Hari Kekasih atau Valentine day adalah haram bagi umat islam. 14 Februari 2012 adalah tarikh bagi perayaan Hari Valentine seluruh dunia.
Mengapa Sambut Hari Kekasih Haram?

Hakikatnya, kita sering lupa konsep sambutan hari kasih sayang itu kebanyakannya bercanggah dengan ajaran Islam. Halalkah ciuman bagi bukan muhrim pada hari itu? Adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpin tangan, menari di kelab malam, berpelukan dan meneguk ‘air syaitan’ semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang pada kekasihnya.
Sambutan Valentine lebih kepada mengagungkan perayaan bukan Islam, selain menggalakkan maksiat. Secara terang-terangan ia diharamkan dalam Islam kerana menggalakkan perlakuan sumbang, terutama remaja yang gemar melakukan perkara dilarang termasuk maksiat.
“Kasih sayang penting dalam Islam dan menunjukkan kasih sayang tidak semestinya perlu ada hari khusus. Sejarah Valentine tidak langsung menunjukkan membantu umat Islam meningkatkan amalan dan imannya. Malah, sejarah sambutan itu lebih banyak membawa kepada kerosakan akhlak. Oleh kerana itulah, Islam melarang dan jelas ia haram. Kebebasan adalah sesuatu yang sangat subjektif.

Dalam Islam, sambutan Valentine haram dan perlu dijauhkan. Siapa yang ingkar dan tetap menyambutnya walaupun secara kecil tetap menempah dosa kerana ia jelas bercanggah dengan Islam.

1 comment:

Zam said...

Tak perlu sambut, itu lbh baik kan ;)

btw Zam bw kat sini :) jemput sggh ke blog :)