Lelaki atau wanita yang baru saja memulakan hubungan yang baru janganlah terlalu cepat ingin menceritakan mengenai maklumat peribadi mereka kerana berkemungkinan hubungan yang baru hendak dijalin akan terputus. Pada peringkat awal hubungan, ramai pasangan yang ghairah untuk menceritakan mengenai maklumat peribadi mereka dengan harapan bahawa pasangan mereka juga akan melakukan hal yang sama. Ada pengalaman masa lalu yang harus disimpan tersembunyi sehingga anda telah memberikan masa untuk hubungan menjadi lebih rapat dan sudah mengenal satu sama lain sebelum memberitahu pasangan anda.
Menceritakan sejarah romantik masa lalu- Apabila anda merasakan sudah tiba waktu yang sesuai, anda berdua perlu berbincang hal ini secara terbuka dan jujur. Pada kebiasaannya, waktu yang sesuai adalah ketika anda merasa yakin, tenang, chemistry, hubungan semakin serasi dan bersedia untuk memberikan komitmen jangka panjang. Sekiranya luahan yang anda lakukan terlalu cepat sebelum memberikan masa untuk mengenal diri masing-masing terlebih dahulu, ianya akan berpotensi untuk mencipta salah faham yang besar dan mungkin menyebabkan hubungan anda gagal.
Bercakap tentang wang lebih daripada cinta- Malangnya dalam masyarakat yang materialistik ketika ini, ramai lelaki dan wanita yang membuat kesimpulan untuk memilih pasangan berdasarkan pendapatan, aset dan sebagainya. Tetapi kebenarannya, hubungan jangka panjang yang berjaya tidak didasarkan pada potensi pendapatan melainkan kesefahaman dan keserasian antara pasangan. Walaupun pada saat tertentu kewangan akan menjadi amat penting untuk perancangan jangka panjang hubungan anda, tetapi pada peringkat awal pembangunan hubungan itu harus dilakukan dengan keikhlasan hati.
No comments:
Post a Comment