FREE

♥ Followers ♥

Tips untuk merawat kaki yang merekah

Entry kali ini di request oleh kakak cik single yang mengalami masalah kaki merekah, so korang yang ada masalah yang serupa boleh la try tips kat bawah ni okeh:)

1.    Bersihkan kaki setiap pagi dan malam (selepas semua aktiviti harian tamat). Kulit kaki juga perlu dibelai dengan mencuci menggunakan sabun yang lembut atau sabun anti bakteria membuat pengelupasan dan menyapukan pelembap.

2.    Cara pengelupasan paling mudah ialah menggosok tumit dengan batu pumis (boleh dibeli di farmasi atau pasarraya). Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk menanggalkan kulit yang tebal. Jika rekahan tumit besar, gunakan berus yang dibuat daripada gentian semula jadi. Cuci bersih dan lap hingga kering, terutama di bahagian merekah.

3.    Sapukan pelembap seperti losen atau minyak bayi.

4.    Pakai stokin yang diperbuat kapas ketika bekerja.

5.    Sebelum tidur, lakukan 2 mandian untuk kaki iaitu mandian panas dan sejuk (masukkan air suam dan sejuk dalam 2 besen berasingan). Tuangkan sedikit sabun antibakteria ke dalam kedua-dua besen. Rendam kaki dalam kedua-dua besen secara berselang seli. Ulang antara 10 hingga 15 minit.

6.    Keringkan kaki dan sapukan losyen pelembap.

7.    Pakai stokin kapas ketika tidur.

8.    Ulang semua proses ini selama 7 hari. Apabila kulit tumit menjadi lembut, proses membersih, mengelupas dan melembap boleh dilakukan 2 kali seminggu.

AMARAN: Jangan cuba gunting kulit tebal (kalus) kerana ia hanya mendedahkan kaki kepada jangkitan kuman.

No comments: