Tak tahu lah apa yang patut cik single rasa, gumbirakah atau sedihkah?? Gembira, mungkin sebab dapat elaun dan bila habis belajar insyaAllah akan dapat kerja. Sedih, mungkin sebab dari kecik tak pernah ada cita-cita langsung nak jadi jururawat dan tambah-tambah lagi kerja dekat hospital, tempat yang paling cik single tak suka.
Orang cakap benda yang kita tak suka tu lah yang kita akan dapat kan. Mungkin semua ni takdir dan setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. Harap kehidupan kat sini baik-baik saja. Walaupun sebelum ni cik single tak pernah suka untuk jadi seorang jururawat, now im trying my best untuk jadi seorang bidadari suci aka jururawat yang berjaya suatu hari nanti, InsyaAllah.
Harap sangat-sangat yang keputusan untuk jadi pelatih jururawat ni adalah keputusan yang betul. Tak nak jadi macam sesetengah orang yang baru beberapa hari masuk dah rasa nak tarik diri. Mungkin diorang ada sebab tertentu kot kan. Tapi serius sayang sebab diorang dah mensia-siakan peluang yang ada di depan mata dan rezeki yang Tuhan bagi. Apa-apa pun itu hak mereka.
Setakat tu dulu omelan untk hari ni, thanx for reading yeah:)
3 comments:
waaa..jadi jururawat..bestnyerrr
chaiyok2..teruskan usaha utk menjadi jururawat :)
terima kasih ya cik sue n steffany daph..:)
Post a Comment