Apesal

♥ Followers ♥

Wanita Saudi Kaya

Aset persendirian di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan RM125.6 bilion 

RIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion).

Sebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion).
“Penyertaan Wanita Teluk dalam bidang ekonomi menjadi semakin penting kerana pembabitan mereka dalam pelaburan meningkat kepada kira-kira AS$500 bilion (RM1.5 trilion),” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Changing Our World, Michael Hoffman. 

Beliau membuat pendedahan ini dalam syarahannya yang dipetik laman web www.yallafinance.com. 

Beliau bercakap mengenai masa depan dan aspirasi untuk tahun baru terutama yang berkaitan sumber kewangan dan penyelesaian sesuai pada peringkat antarabangsa. 

Selain itu, Hoffman turut membentangkan statistik mengenai potensi besar pelaburan yang diuruskan wanita seluruh negara yang beliau anggarkan bernilai kira-kira AS$20 trilion (RM62.5 trilion), menambah sembilan peratus daripada aset dimiliki wanita dan kadar ini dijangka meningkat dalam dekad akan datang. 
Dalam perkembangan lain, Arab Saudi berada di tangga keempat ekonomi terbesar dari segi simpanan keseluruhan sehingga akhir 2010 dengan jumlah simpanan termasuk emas sebanyak SR 1.7 trilion (RM1.4 trilion). 

Hoffman menambah sepanjang tempoh 10 bulan pertama pada 2011, jumlah simpanan kewangan negara itu meningkat sebanyak 18 peratus menjadikannya SR1.97 trilion (RM1.64 trilion).- laporan bharian.

0 00 orang suka komen: