Apesal

♥ Followers ♥

Petua kulit muka licin, cerah serta halus untuk lelaki dan wanita

Entry kali ni cik single akan berkongsi mengenai cara nak dapatkan kulit muka yang licin, cerah serta halus macam kulit cik single ni, acehh perasan.:p

Amacam?? boleh kalahkan yang kat atas tak..kui3
Penjagaan muka sering kali dikaitkan dengan wanita. Tetapi lelaki juga sepatutnya menitik beratkan penjagaan muka. Supaya muka kita nampak bersih, tidak berminyak dan sentiasa terjaga. Peliharalah nikmat kecantikan yang Allah sudah bagi. Tidak menjadi suatu isu jika kita sentiasa menitik beratkan nilai kecantikan selagi kita mengikut batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam.
Tips-tips di bawah merupakan cara tradisional atau alternatif yang boleh anda gunakan untuk menjaga kecantikan wajah anda. Selamat mencuba!
Untuk mendapatkan kulit muka yang licin, cerah serta halus anda boleh mencuba petua tradisional berikut. 
Cara pertama, sebiji timun di buang kulit kemudian di ‘blend’kan. Selepas itu tapiskan hasil ‘blend’ tersebut dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 20 minit supaya ia dapat meresap jauh ke dalam kulit. Seelok-eloknya dilakukan sebelum tidur.
Antara cara lain ialah dengan menggunakan air nasi. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak 2 sudu. Semasa ia masih suam lumurkan pada muka. Tunggu sehingga muka anda kering dan kemudian bilas.
Atau anda boleh menggunakan kentang sebagai salah satu teknik untuk melicinkan muka anda. Ambil sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan dengan kuning telur dan lumurkan pada muka anda. Tunggu sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.
Selain itu, jika anda malas untuk melakukan petua di atas anda boleh amalkan memakai bedak sejuk pada setiap malam. Bedak sejuk mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Kalau petua yang ni cik single selalu la amalkan sebab tok (nenek) cik single buat bedak sejuk sendiri. Jadi cik single tak perlu la nak pergi beli bedak sejuk kat kedai. Ambik bedak sejuk 6,7 bijik campur air pastu tempek kat muka. Selesai! mudah kann.

5 00 orang suka komen:

Hanis Nizam said...

Nak cuba nak cuba nak cuba . Jimat kos . Heheh

liza nora said...

sy suka letak tomato.. hehe..

Zaidah Momo said...

boleh alihkan iklan tak..ssah sy nk bce

Fatimah Bt Tony said...

perkongsian yang sangat menarik.

Aisyah Ghazi said...

Tips yang menarik sis. Nnti bole la i amalkan ni. Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<