Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Bila tiba Aidiladha ramai yang melakukan ibadah korban dengan melakukan sembelihan lembu atau kerbau. Di samping itu, terdapat juga mereka yang melakukan pengorbanan dengan beraya di perantauan, bekerja di hari raya dan sebagainya.
Apa-apa pun semoga anda dapat merayakan hari raya Aidiladha pada kali ini bersama keluarga tersayang.
Apa-apa pun semoga anda dapat merayakan hari raya Aidiladha pada kali ini bersama keluarga tersayang.
2 comments:
slmt ari raya :)
slmt hri rya jgk:)
Post a Comment