Kontroversi demi kontroversi terus menimpa penjago gol terhebat Malaysia masa kini, Khairul Fahmi Che Mat,21 atau Apek berikutan penyebaran gambar-gambar intim beliau dengan seorang wanita di beberapa blog hiburan. Berikutan dengan kontroversi yang Apek alami, dia pernah terfikir untuk bersara awal dalam arena bola sepak negara. Diharap Apek dapat berfikir panjang jika dia ingin bersara awal kerana ramai peminat bola sepak dan juga rakan-rakannya masih menginginkannya untuk terus beraksi di padang. Berikut laporan daripada myMetro.
Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.
Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.
Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.
Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.
Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.
Semoga Khairul Fahmi dapat menyelesaikan masalah yang menimpa beliau dengan sebaik mungkin.
Walau apa pun yang terjadi kami akan terus menyokong anda Khairul Fahmi!!
No comments:
Post a Comment