FREE

♥ Followers ♥

Cara Lelaki Menguji Seorang Wanita

Entry hari ini khas untuk kaum hawa yang berada di luar sana, mari kita bongkar rahsia bagaimana cara seorang lelaki menguji kekasihnya atau rakan perempuannya. 



1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murahReaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murahReaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamuReaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelakiReaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancongReaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamuReaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Bagi yang dah ada kekasih tu ce check balik sama ada kekasih korang ada tak yang uji korang macam kat atas tu.:)


3 comments:

MalizaMah said...

good info.... hahahahaha
singgah2 usha entry usha iklan.
jom singgah smbil usha iklan.
sama2 tmbah tabung.

Anonymous said...

Sy bt semua tu,
tp last2 ditinggalkan..

mgkn Allah nk bg yg trbaik..

suzie rahman said...

lelaki mna puas dgn seorg perempuan.sebolahnya mahu kn yg terbaik walaupon diri sndiri ada kekurangan.