FREE

♥ Followers ♥

Tips Nak Berjaya

Assalamualaikum,


Raya pun dh lepas dh,sekarang tiba la pulak musim peperiksaan kannn..
bagi adik2 yang nak UPSR,PMR & SPM,dh bersiap sedia nak bertempur di medan perang peperiksaan??
alatan perang untuk peperiksaan dh dibeli kew belum dik?M16 pensil,,pembaris,pemadam dh ada?sure..
kalau xdak suruh mak ayah belikan ataupun adik2 yang pergi beli sniri..bagi pelajar di IPT mahupun IPTS selamat berjaya dalam final exam anda nanti yer..doakan saya sama wokeh;)


hari ni nak share tip2 macam mana kita nak berjaya dalam peperiksaan,
semoga dengan tips yang diberikan ini dapat membantu saya dan anda semua bagaimana nak berjaya dan seterusnya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.



  • tidur awal pada malam sebelum peperiksaan.Tidur yang cukup penting untuk kesegaran otak pada hari peperiksaan.
  • cuba bangun awal pada hari peperiksaan.kalau rajin buat la solat hajat or sulat sunat 2 rakaat minta supaya Allah permudahkan kita untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.
  • baca surah yasin.bacaan surah yasin insyaAllah dapat menenangkan hati kita serta memudahkan kita menjawab soalan.
  • telefon ibu/bapa.bagi yang tinggal di asrama call ibu bapa anda minta mereka doakan kejayaan anda kerana doa ibu bapa sangat mustajab.
  • pergi ke tempat peperiksaan lebih awal.ini dapat mengelakkn kita daripada kelam kabut sekiranya terlewat.
  • senyum dan sapa rakan.komunikasi dapat membantu kita mengurangkan tekanan pada peperiksaan yang bakal diduduki.
  • kunyah gula-gula getah atau coklat dapat menggelakkan kita daripada mengantuk.
  • baca selawat jika soalan susah.bertawakal lah kepada Allah,insyaALLAH ALLAH akan berikan kejayaan berkadar dengan usaha yang telah kita lakukan.
  • selepas selesai jawab soalan ucaplah Alhamdulillah.seterusnya bertawakallah kepada Allah.
  • muhasabah diri.tengok balik apa kelemahan kita semasa peperiksaan,supaya pada masa akan datang kita tidak melakukan kesalahan yang sama.
berikut adalah serba sedikit tips yang boleh dikongsikan bersama.semoga dengan ini kita beroleh kejayan dalam peperiksaan.jika anda pernah gagal,bangkitlah semula dan terus berjuang sehingga anda berjaya.
gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.saya juga pernah gagal dalam hidup,tetapi kini insyaAllah saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang bakal saya duduki.Ingatlah jika anda tidah mencapai impian anda,redha dan teruskan usaha,InsyaAllah suatu masa nanti kejayaan akan menjadi milik anda semua.
setakat itu dulu untuk hari ini.
sekian wasalam..




No comments: