FREE

♥ Followers ♥

Just Enjoy It,ok!

Kepada Yg Single
Kepada yang masih single.

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin korang kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila korang biarkan ia terbang, ia akan menghampiri di saat korang tak menduga. Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila korang berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya. Heh heh. Ayat dia jiwang betul kan? Tapi memang betul lah. Cinta ni, kalau dikejar, memang dapat yang entah apa-apa. Cuba kalau korang tengah seronok hidup single, asyik ada je orang yang pujuk rayu.


Kepada yang patah hati.

Sakit, luka, hancur, patah hati.. bertahan selama korang menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam korang membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya. Gagal sekali dalam sesuatu perhubungan, tak bermakna tidak boleh teruskan hidup baru


Kepada yang belum pernah jatuh cinta.

Ada lagi ke manusia yang belum pernah jatuh cinta? Macam mana kalau jatuh cinta? Nak jatuh, jatuhlah! Tapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsi tapi jangan tak adil. Cuba untuk memahami tapi bukan bermakna tak boleh meminta apa-apa. Bersedia untuk terluka dan menderita, tapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang betul-betul dialami.

Kepada yang ingin menguasai.

Hati korang patah tengok orang yang korang cintai sedang berbahagia dengan orang lain, tapi akan lebih sakit lagi bila mengetahui orang yang korang cinta langsung tidak pernah bahagia dengan korang.

Kepada yang takut mengakui.

Cinta menyakitkan bila korang putuskan hubungan dengan seseorang. Tapi, lebih sakit lagi bila seseorang yang memutuskan hubungan dengan uolskorang. Tapi, cinta paling menyakitkan adalah bila orang yang korang cintai langsung tidak mengetahui perasaan uols terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi.

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila korang bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh korang dan korang telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.


tetibe je si beruang koala ni muncul..hikhik

No comments: