FREE

♥ Followers ♥

Apakah warna kegemaran anda?

Watak dan personaliti seseorang boleh dinilai mengikut pemilihan warna. setiap orang pasti mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang ada atau yang biasa disebut dengan warna kesukaan (favourite). dari situlah kita boleh lihat watak seseorang berdasarkan warna kesukaan dan pilihan masing-masing..


bagi korang yang meminati warna BIRU
-korang termasuk dalam jenis orang yang pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal.mengimpikan ketenangan dan ketenteraman. korang selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. demikian pula dalam bercinta kerana korang pintar dalam menyembunyikan perasaan.(macam aku =p) nak interframe jgk budak ni.hehe. ada juga biru yang melambangkan kesederhanaan, ceria, dan tegas.


bagi korang yang meminati warna HIJAU
-korang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk dan nyaman. korang adalah seseorang yng selalu memegang prinsip. dalam hal bercinta korang mengidamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai..


bagi korang yang meminati warna UNGU
-korang benar-benar luar biasa. dalam menghadapi masa depan korang tak pernah ragu-ragu, apa yang dilakukan adalah yang terbaik. korang pandai menyesuaikan diri dalam mengikut peredaran zaman. dalam bercinta, mereka yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih korang.    


bagi korang yang meminati warna MERAH
-korang jenis yang berwibawa dan senang membantu teman yang lemah. korang sulit untuk jatuh cinta. walaupun korang romantik, tapi korang jenis yang garang dan kasar. dalam kehidupan korang kurang menghadapi kesulitan sebab korang tangkas, tapi kehidupan korang sederhana.

No comments: