FREE

♥ Followers ♥

Tanda-Tanda Kelahiran Sudah Dekat

Hai mommies...jom kita cek tanda-tanda kelahiran makin dekat..

MAGGI LANCAR PRODUK BARU

Ada sesapa yang dah try ke produk baru Maggi ni? Katanya lebih gempak dan lagi pedas dari Samyang..OMG..tak sabar nak rasa pedas dia camna..huhu

6 MAKANAN PUNCA KEGUGURAN

Hai semua, jom kita tengok 6 makanan yang boleh menyebabkan mommy to be keguguran...so mommy semua kena alert yer..kena jaga diri dengan kandungan baik2..

TANDA-TANDA KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN

Hai semuaa.. just nak kongsi dengan hampa semua topik dekat Helo Doktor rancangan baru kt Tv3 tadi.. topik dia pasal "Kemurungan selepas bersalin". Bagi aku topik ni sangat menarik sebab banyak input yang kita boleh ambik.. tambah2 untuk sapa yang tengah berpantang, baru bersalin atau bakal bersalin..

Pernah dengar tak pasal wanita meroyan selepas bersalin sampai sanggup bunuh anak.. pukul anak dan macam2 lagi lah.. Allahu.. takut dengar..

Memang lepas seseorang wanita bersalin dia sangat memerlukan support dari suami dan keluarga.. suami kena ambil port sama jaga anak dan isteri time isteri tengah berpantang.. bukan biar isteri jaga diri dengan anak sorang2..

Antara tanda2 kemurungan selepas bersalin:

1.kelihatan muram
Seringakali marah, menangis dan takot tanpa alasan munasabah.. berbeza dengan baby blues.  kemurungan ni lebih teruk sehingga lebih dari dua minggu berbulan2 selepas melahirkan bayi.

2 . sukar tidur
kekurangan rehat dan tidur kadang kala menjejaskan emosi ibu..yang boleh menyebabkan seseorang mengalami halusinasi

3.kekeliruan
menganggap diri bersalah atau tidak cukup baik untuk pikul tanggungjawab menjadi ibu..

4 . mengasingkan diri
kelihatan kurang bersemangat, tidak suka bersemuka dengan orang luar dan lebih suka untuk bersendirian.

5.perubahan pola makanan
menjadi kurang selera untuk makan atau terlebih makan disebabkan perubahan emosi

Jadi itu sahaja untuk dikongsi dengan hampa semua.. bila bersalin ni memang macam2 kita akan pikir.. normal kalau emosi kita tak stabil untuk minggu pertama tu sebab tu nama dia baby blue.. kalau lebih dari seminggu tu kena berjaga2.. suami dan keluarga kena bagi sokongan dan nasihat untuk ibu tersebut.. jangan bagi tekanan untuk ibu.. sekiann..

PJJ LIFE

Alhamdulillah.. harini 22 Mac 2018 matron wad aku dah sign borang transfer aku.. syukur.. walupun ramai kata susah la lambat la nk transfer Kedah sebab penuh.. aku peduli apa.. yang penting cuba.. kalau ada rezeki tak kemana.. betol tak? kalau takdak rezeki kita tunggu saja la sampai nama naik untuk transfer.. mungkin ada hikmah dia.. Pejam celik dah 3 tahun lebih dah berbakti di negeri Pulau Pinang ni.. InsyaAllah ada rezeki nanti kita berbakti kat orang Kedah pulak nah.. Tak sanggup dah nak pjj dengan anak & suami.. rasa perit sangat.. Hampa semua yang baca ni tolong doakan sekali k.. moga ada rezeki untuk transfer duduk sekali anak beranak.. Aminn..

Gambar pertama Siti dengan anak yang diupload

Gambar pertama yang diupload oleh menantu Dato' Siti dengan anak beliau.. comel sangat.. geram tengok.. welcome to the motherhood tokti.. 😍😍

BAJET 2018 : DISKAUN 20% PTPTN

Hai hampa.. sapa yang pinjam ptptn angkat tangan.. kita geng.. hampa dah start bayar belum? kalau belum.. bayar la sikit2 ikot kemampuan.. sebab nama kata hutang ni.. kita wajib bayar..

Ok..  sapa yang belum tau lagi pasai diskaun 20% yang ptptn bagi ni meh aku nak cerita..

Diskaun 20% ni hanya layak dapat kepada individu yang buat bayaran penuh sahaja.. makna kata full settlement.. takdak hutang dah..

tapi jangan risau sapa yang bayar sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang akan dapat diskaun 10%..manakala diskaun 10% untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit.

So.. bagi sapa yang taktau lagi cara nak check online baki pinjaman caranya ialah buka laman web ptptn iaitu www.ptptn.gov.my
Tekan bajet 2018
Masukkan ic dan no. pinjaman
Sapa yg taktau no. pinjaman boleh call tanya careline ptptn 03-21933000
Lepastu masukkan no. telefon dengan email.. nanti akan keluar penyata baki hutang ptptn hampa..

senang saja kan.. ok bye!

Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan

Tahniah untuk Dato' sri Siti Nurhaliza kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55kg. Alhamdulillah setelah penantian yang begitu lama, beliau dan suami akhirnya dikurniakan seorang puteri.. mesti comel baby ni.. Nama baby masih dirahsiakan lagi.. Apa-apa pun tahniah untuk Dato' sri Siti dan suami..

AWEK CENDOL

Lepas viral pasal kes cendol haritu, kali ni awek cendol ni muncul dalam klip video nyanyian artis Indonesia iaitu Gabe.. wow makin laku awek cendol ni.. so sesapa yg belum tengok lagi klip video tu boleh la search lagu Ok ok ok nyanyian Gabe.. 😁

MIA AHMAD DAN IZHAM BAKAL TIMANG CAHAYA MATA

Tahniah buat Mia Ahmad yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi.  Semalam Mia telah mengumumkan yang beliau kini telah hamil di laman Instagram beliau. Berikut merupakan petikan dari status pengumuman beliau.  Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Mia Ahmad dan suaminya, Izhan Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak JDT.

"Assalamualaikum.... Im here there of would like to apologize to all production houses for turning down every job offer, shoot, event appearance, interview event invitation and other programs due to my health and wellness.  I also would like to apologize to the media for not responding to any of your phone calls and whatsapp.

With all my gratitude and syukur, I am here to announce that I am now PREGNANT.  It scares me to make this announcement as I had a miscarriage a few months ago.  But it only makes me stronger and I took the courage to tell everyone about this pregnancy.  I hope everyone understand my situation and I am sorry if any of you are taken aback by this.

I hope my pregnancy journey will be in you doa too and may Allah bless us all. Amin. "

ANDA BERMINAT NAK JADI JURURAWAT?

Ada tak sesapa yang tengah baca ni berminat nak jadi jururawat.? Kalau betoi berminat takpa,  tapi kalau yg 50-50 tu baik hampa pikiaq baik-baik. Bukan nak bagi takut ka apa, tapi memang mencabar sangat-sangat lagi-lagi kalau hampa kena duduk kat wad multidisipin atau medikal.. dapat pulak hospital pakar and ofkos la super duper busy like HKL Hospital Kuala Lumpur &  GH Penang.  Ya Allah penat dia hanya Tuhan saja yang tau.. kita keja non stop.. kadang makan.. nak kencing.. nak berak pun takdan tau.. Lepastu mental pulak kena kental nak berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat.  Hurmm.. macam-macam perangai ada cik oii.. dari yang sengal ubi, si tanggang tak mengenang budi, bajet anak raja.. dan banyak lagi perangai orang yang kita kena hadap.. time tu hang akan rasa hang ni ibarat macam kuli ja.. tu belum masuk lagi part arahan dari orang atasan yang kita kena ikot.. padahal arahan yang ntah apa-apa.. tapi what to do.. kita ni insan kerdil yang kalau melawan pun kita tetap akan KALAH jugak.. Fizikal pulak kena kuat.. hang kena jaga ramai orang pesakit.. lain la kalau hang duk kat icu tu.. untung laa.. jaga berapa orang ja.. paling ramai pun dua orang.. kalau nasib hang tak baik dapat wad medikal siap la hang kena jaga atau incas 13-14 orang pesakit dalam satu syif..tu belum masuk pesakit yang nazak dan pesakit yang ada masalah mental.. cuba bayangkan.. Kami kerja kadang tak harap apa pun.. tak kisah kalau kerja busy asalkan pengurusan tak membebankan.. ni kita la nak kena jaga pesakit.. kita la nak kena suap pesakit kita la nak kena carry out plan doktor.. kita la nak kena tukaq pampers bagi mandi pesakit semua.. kita la nak bagi ubat kat pesakit.. kita la nak kena tulis report.. kita bukan jaga pesakit sorang tau.. kita kena jaga lebih dari 10 orang.. bukan suatu angka yang sikit nah.. mai pulak orang atasan yang hanya tau mengarah lagi buat kita makin stress. bukan nak bantu menyenangkan kerja. Jadi bagi sapa yang berminat nak jadi jururawat tu fikir dulu 200% sanggup tak nak hadap semua benda ni.. Bagi semua jururawat wad medikal/neuromedical/multidisipin.. anda semua memang ohsemmmm! bukan semua jururawat dari wad lain mampu jadi macam kita! Semoga pekerjaan kita menjadi ibadah untuk kita..

SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

Surah Al Fatihah
✔️Untuk terang hati dan kuat ingatan

Surah Maryam
✔️Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
✔️Untuk memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa

SurahYusuf
✔️Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Hujurat
✔️Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin
✔️Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At Taubah
✔️Untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat

Surah An Nahl
✔️Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh solehah... Aminnn..

PROSES KEJADIAN MANUSIA

"Daripada Adam dijadikan Hawa kemudian lahirlah daripada kedua-duanya keturunan yang ramai"

Di dalam rahim ibu,  dari setitis air mani dan telur ibu menjadi segumpal darah.  Dari segumpal darah menjadi seketul daging dan tulang.  Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya.  Itulah asal kejadian manusia.

KEUTAMAAN MENGANDUNG SEORANG WANITA

"Apakah reda hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal.  Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang yang berjihad fisabilillah.  Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu.  Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya Allah memberi dia satu pahala kebaikan.  Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba untuk membela agama Islam. "

Alhamdulillah, aku sudah merasai nikmat mengandungkan zuriatku serta rasa sakit untuk melahirkan anak lelakiku.. Terima kasih ya Allah atas amanah yang Engkau berikan ini..

Mengandung selama 9bulan dan dimana aku perlu berjauhan dengan suami.. bukanlah suatu perkara mudah.. Aku berada di Georgetown manakala suami aku ketika itu berada di Kedah.. Berjauhan dengan suami ketika sedang hamil memang menguji aku.. Tapi aku kuat demi anak dalam kandungan aku.  Penatnya berjalan menaiki bas rapid seterusnya menaiki feri untuk ke seberang.. dan seterusnya perlu menaiki bas untuk pulang ke kampung berjumpa dengan suami tercinta.... kadangkala suami akan datang menjemput aku jika hari cuti... kadang suami, ibu serta ayah mertua yang akan menghantar aku ke pulau semula apabila cuti sudah habis.. Hal ini kerana mereka khuatir akan kesihatan diriku yang ketika itu sedang berbadan dua.. Alhamdulillah, budi mereka hanya Allah yang dapat membalasnya.. Sepanjang mengandungkan Muhammad anakku, bagi aku sangat menyenangkan.. tiada mengidam yang pelik-pelik.. cuma cucur cempedak sahaja.. tetapi pada ketika itu bukan musimnya lagi..tapi ayah mertua dan suami berjaya menyediakan buah cempedak untuk aku.. morning sickness 3bulan pertama itu biasa la untuk orang mengandung.. itu ujian biasa itu seorang ibu!

Masa kandunganan mencecah 6bulan,aku telah terjatuh di dalam bilik air di rumah mertuaku semasa ingin melangkah masuk untuk mandi.  Ya Allah ketika itu memang dalam fikiran aku hanyalah perkara buruk sahaja. Mujur Allah panjangkan umur zuriat anakku. Alhamdulillah tiada tumpah darah..kebetulan pagi itu memang TCA aku di klinik.. jadi doktor telah scan kandungan aku.. syukur semuanyaa baik2 sahaja..

Itulah antara ujian dan cabaran yang aku telah lalui semasa mengandungkan anakku..

Assalamualaikum semua..

Lama dah rasanya tak menulis blog ni.. lepas ni sis akan aktif balik.. walaupun tak update hari-hari tapi sis akan update jugak dlm seminggu tu paling kurang sekali.. Dulu banyak masa.. nk update setiap hari pun boleh.. sekarang ni dah banyak komitmen.. status pun dh berubah.. dulu single.. sekarang ibu anak sorang dah..Jadi masa tu kadang kala terhad.. Tu saja la perbezaan dulu dan sekarang ni.. 😍😍