FREE

♥ Followers ♥

SARI YANTI DAPAT BABY GIRL

Tahniah buat Sari yanti dan Jep sepahtu atas kelahiran baby girl mereka malam tadi..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SHILA AMZAH

Kelihatan anggun dan manis Shila Amzah semasa upacara khatam Al-quran..tak lama lagi Shila Amzah bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan hati yang bernama Haris..sama cantik sama padan..sis doakan semoga pasangan ini bahagia ke anak cucu cicit..

Isu kicap MUDIM cair terjawab

Isu kicap Mudim cair terjawab akhirnya..bagi sesapa yang pernah beli kicap Mudim yang cair sebelum ni jangan salah sangka tau..tu bukan kicap lama atau tiruan..memang kicap tu macam tu..ni pihak Mudim dah jelaskan...sebab masalah teknikal

NEDIM SUAMI KEPADA NORA DANISH BANTU BAYI HIDAP EKZEMA

Nedim Nazri iaitu suami kepada Nora Danish sedia tanggung sepenuhnya kos perubatan bayi yang menghidap Ekzema kritikal. Semoga murah rezeki beliau..macam ni baru betol..kongsi rezeki dengan orang yang memerlukan..ni ada ke pulak taja orang yang dah kaya..semoga bayi tersebut kembali sihat seperti biasa...

9 MEI 2018 : CUTI UMUM SEMPENA PRU KE-14

9 Mei ini diisytiharkan cuti umum sempena pilihan raya umum yang ke-14.

CHEF WAN BENGANG DENGAN KOMEN JURI MASTERCHEF UK

Diorang mat saleh apa tau pasai rendang...dia ingat ayam KFC kot nak crispy bagai..adoyai...rendang la makanan paling sedap..ratah saja pun sedap dah...

Tanda-Tanda Kelahiran Sudah Dekat

Hai mommies...jom kita cek tanda-tanda kelahiran makin dekat..

MAGGI LANCAR PRODUK BARU

Ada sesapa yang dah try ke produk baru Maggi ni? Katanya lebih gempak dan lagi pedas dari Samyang..OMG..tak sabar nak rasa pedas dia camna..huhu

6 MAKANAN PUNCA KEGUGURAN

Hai semua, jom kita tengok 6 makanan yang boleh menyebabkan mommy to be keguguran...so mommy semua kena alert yer..kena jaga diri dengan kandungan baik2..

TANDA-TANDA KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN

Hai semuaa.. just nak kongsi dengan hampa semua topik dekat Helo Doktor rancangan baru kt Tv3 tadi.. topik dia pasal "Kemurungan selepas bersalin". Bagi aku topik ni sangat menarik sebab banyak input yang kita boleh ambik.. tambah2 untuk sapa yang tengah berpantang, baru bersalin atau bakal bersalin..

Pernah dengar tak pasal wanita meroyan selepas bersalin sampai sanggup bunuh anak.. pukul anak dan macam2 lagi lah.. Allahu.. takut dengar..

Memang lepas seseorang wanita bersalin dia sangat memerlukan support dari suami dan keluarga.. suami kena ambil port sama jaga anak dan isteri time isteri tengah berpantang.. bukan biar isteri jaga diri dengan anak sorang2..

Antara tanda2 kemurungan selepas bersalin:

1.kelihatan muram
Seringakali marah, menangis dan takot tanpa alasan munasabah.. berbeza dengan baby blues.  kemurungan ni lebih teruk sehingga lebih dari dua minggu berbulan2 selepas melahirkan bayi.

2 . sukar tidur
kekurangan rehat dan tidur kadang kala menjejaskan emosi ibu..yang boleh menyebabkan seseorang mengalami halusinasi

3.kekeliruan
menganggap diri bersalah atau tidak cukup baik untuk pikul tanggungjawab menjadi ibu..

4 . mengasingkan diri
kelihatan kurang bersemangat, tidak suka bersemuka dengan orang luar dan lebih suka untuk bersendirian.

5.perubahan pola makanan
menjadi kurang selera untuk makan atau terlebih makan disebabkan perubahan emosi

Jadi itu sahaja untuk dikongsi dengan hampa semua.. bila bersalin ni memang macam2 kita akan pikir.. normal kalau emosi kita tak stabil untuk minggu pertama tu sebab tu nama dia baby blue.. kalau lebih dari seminggu tu kena berjaga2.. suami dan keluarga kena bagi sokongan dan nasihat untuk ibu tersebut.. jangan bagi tekanan untuk ibu.. sekiann..

PJJ LIFE

Alhamdulillah.. harini 22 Mac 2018 matron wad aku dah sign borang transfer aku.. syukur.. walupun ramai kata susah la lambat la nk transfer Kedah sebab penuh.. aku peduli apa.. yang penting cuba.. kalau ada rezeki tak kemana.. betol tak? kalau takdak rezeki kita tunggu saja la sampai nama naik untuk transfer.. mungkin ada hikmah dia.. Pejam celik dah 3 tahun lebih dah berbakti di negeri Pulau Pinang ni.. InsyaAllah ada rezeki nanti kita berbakti kat orang Kedah pulak nah.. Tak sanggup dah nak pjj dengan anak & suami.. rasa perit sangat.. Hampa semua yang baca ni tolong doakan sekali k.. moga ada rezeki untuk transfer duduk sekali anak beranak.. Aminn..

Gambar pertama Siti dengan anak yang diupload

Gambar pertama yang diupload oleh menantu Dato' Siti dengan anak beliau.. comel sangat.. geram tengok.. welcome to the motherhood tokti.. 😍😍

BAJET 2018 : DISKAUN 20% PTPTN

Hai hampa.. sapa yang pinjam ptptn angkat tangan.. kita geng.. hampa dah start bayar belum? kalau belum.. bayar la sikit2 ikot kemampuan.. sebab nama kata hutang ni.. kita wajib bayar..

Ok..  sapa yang belum tau lagi pasai diskaun 20% yang ptptn bagi ni meh aku nak cerita..

Diskaun 20% ni hanya layak dapat kepada individu yang buat bayaran penuh sahaja.. makna kata full settlement.. takdak hutang dah..

tapi jangan risau sapa yang bayar sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah hutang akan dapat diskaun 10%..manakala diskaun 10% untuk bayaran melalui potongan gaji atau direct debit.

So.. bagi sapa yang taktau lagi cara nak check online baki pinjaman caranya ialah buka laman web ptptn iaitu www.ptptn.gov.my
Tekan bajet 2018
Masukkan ic dan no. pinjaman
Sapa yg taktau no. pinjaman boleh call tanya careline ptptn 03-21933000
Lepastu masukkan no. telefon dengan email.. nanti akan keluar penyata baki hutang ptptn hampa..

senang saja kan.. ok bye!

Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan

Tahniah untuk Dato' sri Siti Nurhaliza kerana telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55kg. Alhamdulillah setelah penantian yang begitu lama, beliau dan suami akhirnya dikurniakan seorang puteri.. mesti comel baby ni.. Nama baby masih dirahsiakan lagi.. Apa-apa pun tahniah untuk Dato' sri Siti dan suami..