FREE

♥ Followers ♥

Tips Menjadi Wanita Solehah

Assalamualaikum kepada semua dan rasanya tak terlalu lambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Hari ni terasa nak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Sesungguhnya perkongsian ini bukan bermakna saya arif tentang tips2 nak jadi wanita yang solehah tetapi saya juga ingin belajar untuk menjadi wanita yang solehah. Moga2 Allah perkenankan doa kita semua(kaum2 wanita) untuk menjadi wanita yang solehah,InsyaAllah. Antara tips untuk menjadi wanita solehah ialah:


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Aminn :)

Cara Mudah Nak Tahu Siapa Yang Guna Gambar Kita di Internet

Assalamualaikum,

Entry kali ni just nak share dengan anda semua bagaimana nak tahu siapa yang menggunakan gambar kita di internet sama ada mereka guna dengan izin dahulu ataupun tanpa izin daripada kita.

Mula-mula sekali..
klik http://www.tineye.com/ 
akan keluar paparan seperti ini
kemudian, upload gambar yang anda mahu..
ATAU
anda boleh masukkan url gambar yang anda mahu.
selepas itu klik search.
Contohnya seperti gambar di bawah..
maka akan terjawablah sama ada gambar anda telah digunakan ataupun sevaliknya. Macam  yang di atas menunjukkan 3 orang berminat untuk menggunakan gambar page Blog Single is Better

Mudah kan..selamat mencuba. =)

Keutamaan dan Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Di antara nikmat dan kurniaan Allah s.w.t terhadap umat Islam, dianugerahkan kepada mereka satu malam yang mulia dan mempunyai banyak keutamaan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Tahukah anda, malam apakah itu? Dia adalah malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sebagaimana firman Allah I:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)


Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan hafizhahullah berkata: “Bahwasanya (pahala) amalan pada malam yang barakah itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadr. 1000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih. Itulah di antara keutamaan malam yang mulia tersebut. Maka dari itu Nabi s.a.w berusaha untuk meraihnya, dan baginda bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (H.R Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222)



Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.