FREE

♥ Followers ♥

Yang mana satu minyak petrol pilihan anda?



Yang mana satu pilihan anda:

A: BHP
B: PETRONAS
C: SHELL
D: CALTEX
E: ESSO
F: MOBIL




Apa-apa pun jadilah pengguna yang bijak..

Oppa Gangnam Style lagu pasal posisi seks??

Assalamualaikum..mungkin entry pasal  Oppa Gangnam Style ni agak terlewat sikit tapi aku tetap nak wat jugak entry pasal ni..kih3..OGS ni dah jadi fenomena dah kat Malaysia ni.Tiap-tiap hari aku online FB,Twitter semua wajib akan ada manusia buat status pasal opah ganyang setai ni opss  Oppa Gangnam Style. First time nampak kat Youtube aku just ignore je video tu. Tapi bila masing-masing asyik bercakap pasal OGS ni aku pun jadi teringin nak tengok video tu. First time tengokkk..okeh fine, best jugak.

Apa yang menarik pasal  Oppa Gangnam Style ni?? menarik sebab tarian kuda yang ntah apa-apa tu. Tapi kadang-kadang lawak jugak bila tengok.

Eh jap2..ade orang tweet pasal OGS dan aku meng'copy' ayat tersebut yang mengatakan lagu tu sebenarnya lagu pasal posisi seks..@.@
 Astagfirullahalazim...(mengucap 3x).terkejut gue baca post tersebut. Nasib la baru tengok sekali je video tu. Lepas ni taknak tengok dah.


"Oppa Gangnam Style" yang hampa dok suka layan sangat tu rupanya lagu pasai posisi seks ... astagfirullahalazim" - ustaz hadi uitm kedah -

Indahnya TAKDIR

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia<---almaklumla nak Merdeka kan)
Entry kali ni just nak share satu cerita. Cerita pasal budak nursing. Nak teruskan membaca takpa, takmau baca pun takpa. Tak rugi apa-apa pun kalau tak baca.
Kita start dengan cerita dulu yer kawan-kawan..

Pada suatu masa dahulu, ada sorang budak ni, dia sangat bencikan bidang KEJURURAWATAN. Sangat benci dan terlalu benci. Sebab dia benci sangat kerjaya jururawat ni dia pun tak tahu. Mungkin sebab dia tak suka pergi klinik dan hospital. Mungkin dia tak suka kat jururawat yang kat hospital sebab jururawat yang dia jumpa semua sombong dan garang gilerrr!!Dan mungkin sebab banyak sangat cerita mengenai student nursing yang sosial erti kata lain terlalu MURAH??
Sehinggakan kakak dia masuk nursing pun dia pandang rendah. Rendah sangat kah martabat NURSING tu??Budak tu ingat dia duduk study kat UiTM tu hebat sangat la

Sehinggakannn..

Pada suatu hari, dia dapat SMS dari SPA mintak dia pi intebiu untuk MA dengan Nursing. NURSING!!
Ofkos la dia pilih MA tapi dek kerana hasutan kakak dia, dia terpaksa pilih nursing jugak. Dia pilih NURSING!! Keputusan tu sangat gila bagi dia. Dia pun taktau kenapa dia lurus sangat sampai boleh ikut nasihat kakak dia untuk masuk nursing.

Bila keputusan SPA keluar memang dia berjaya dapat tawaran Diploma in Nursing.

Dia keluar dari UiTM semata-mata nak lari dari subjek calculus. Ohoi.. memang dia sangat menyampah dengan subjek kira-kira. 

Akhirnya dia berjaya menjadi student nurse. InsyaAllah bakal menjadi staffnurse selepas habis study untuk 4 sem lagi. Jururawat iaitu kerjaya yang dia sangat benci satu masa dahulu telah menjadi sebahagian dari hidup dia pada masa sekarang.

Ini semua adalah takdir yang Allah dah tentukan untuk kita. Well, Allah know the best for us. 
Dan benarlah firman Allah,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 

[ Surah. Al Baqarah : 216 ]

Apa kau peduli, kubur lain-lain kan!!


Individu yang berkata begitu sebenarnya amat cintakan dunia dan TAKUT mati..ingatlah setiap yang bernyawa pasti akan merasai MATI..jadi jangan menyusahkan “YANG LAIN” dengan perangai kamu yang “TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA..."
"Apabila kamu melihat individu mempertahankan kebenaran melalui caci maki & cercaan, KETAHUILAH, hati dan niatnya adalah ROSAK lagi CACAT, kerana kebenaran dari hati yang ikhlas itu TIDAK memerlukan cara sebegitu"

Kenapa saya tiada boyfriend??


Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengalami masalah yang serupa termasuk diri ini sendiri.

Hati ni nak sangat bercinta,berkapel TAPI dalam pada waktu yang sama hati ni TOLAK semua lelaki yang mintak untuk ber’in a relationship dengannya..WHY?? (bunyi macam bajet perempuan hot je kann,sebenarnya tak hot pun sebab neraka lagi hot okeh..hewhew)
Ini sebab Allah sedang melindungi hatinya daripada melakukan perkara yang mungkar.

Ada orang cakap..

“Alahai kapel je pon..kita tak touching kan..”

Boleh pandang-pandang,
Jangan pegang-pegang,
Duduk renggang-renggang..,

Memang la tak sentuh-sentuh,pegang-pegang tapi sedar tak kita tengah menaikkan nafsu kita. DAN waktu tu syaitan mula la menjalankan tugasnya iaitu menghasut anak ADAM.
Mungkin hari ni kita tak pegang-pegang.. hari lain belum tentu lagi sebab syaitan tu sentiasa mencuba menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Bersyukurlah jika kita tidak terlibat dengan perkara-perkara maksiat ni dan berdoalah supaya Allah sentiasa melindungi kita.

Dan percayalah bahawa Allah telah siap menyimpan seorang yang halal dan terbaik untuk kita.

Dan jika ditanya….

Kenapa saya tidak mempunyai kekasih (BOYFRIEND)??

Jawapannya..


Saya beriman, saya tidak boleh melakukan apa yang tidak menyenangkan TUHAN saya. DIA mengarahkan saya tidak mempunyai teman lelaki, jadi saya perlu mentaatiNya.

Mak saya memdidik saya untuk menjadi seorang wanita solehah supaya saya layak dengan seorang lelaki yang soleh. Beliau tidak pernah mendidik saya untuk menjadi boneka di tangan mana-mana lelaki. Saya bukan seorang gadis yang mudah yang akan kagum dengan kata-kata cinta yang manis seorang lelaki, tetapi saya seorang gadis yang diibaratkan sebagai permata di lautan. Tiada siapa yang boleh menyentuhnya tetapi seorang lelaki yang berani sahaja yang akan memperoleh dan menghargai keindahannya.

Jadilah seorang gadis yang MAHAL kerana yang mahal itu lebih berharga berbanding yang MURAH J

Hikmah Puasa Enam


Niat Puasa Enam


Bahang sambutan Aidilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.

Bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.

Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.

Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: 

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.

Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.
Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. 

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).
Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:


Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh.

JOM LAA KITA PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL NIE !! ^___^

Nyaris kehilangan kaki akibat bertatu


Di London gara-gara bertatu, seorang wanita nyaris kehilangan sebelah kaki selepas kakinya yang ditatu itu mengalami jangkitan.
Susan Fraser, yang membuat tatu pada kaki kanannya dengan harga 25 paun di Turki itu telah dimaklumkan oleh doktor bahawa kakinya terpaksa dipotong selepas tiga jenis ubat antibiotik yang diberikan kepadanya gagal merawat jangkitan berkenaan.

Kakinya itu bengkak selepas beberapa jam dia melakukan tatu berkenaan sehingga terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke hospital di lapangan terbang.
Namun dia bernasib baik, selepas sebulan dirawat, doktor berjaya menyelamatkan kaki itu dengan menggunakan ubat antibiotik keempat.
“Saya membuat tatu ini pada hari terakhir lawatan ke Turki. Apabila kaki saya membengkak dan mengeluarkan darah, saya kembali ke tempat tersebut, lelaki yang membuat tatu itu mendakwa keadaan itu berlaku kerana saya merendam kaki dalam air masin.
“Saya tidak percaya kata-katanya kerana saya langsung tidak turun ke laut. Dia kemudiannya memberikan pelbagai alasan termasuk penggunaan kasut yang salah dan meminta saya menukar kasut,” katanya.
Sekembalinya ke Britain, dia telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sebaik tiba di lapangan terbang.
“Apabila dimaklumkan bahawa saya bakal kehilangan kaki, saya menjadi takut. Bapa saya kehilangan kaki akibat kemalangan, jadi saya tidak mahu nasib saya menjadi sepertinya,” katanya.

Entry khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2012



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

Di pagi 1 Syawal ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia. Bagaimana suasana Aidilfitri di tempat anda ketika ini?  Diharapkan kita semua mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan sesama kita.
Dengan ini, dari lubuk batin dan seikhlas hati, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca  dan follower biskutmarry.blogspot.com serta semua yang mengenali diri ini. Juga tak ketinggalan kepada semua kawan-kawan di KSKB Sultan Azlan Shah, Uitm Arau, Perlis, SAINA, SMKL, SMKSB dan SKTJ. Mohon ampun maaf zahir & batin sekiranya ada kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tersilap gurau, atau apa-apa sahaja yang buat kalian terasa sepanjang kita mengenali.
Segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri & segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T. Halalkan segala-galanya. Semoga silaturahim & ukhwah kita semua berpanjangan. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang!

“Yang jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita erat-eratkan”

Salam Sesuci Lebaran! :)
Bak kata Najwa Latif, Kosong-Kosong

*entry ni sepatutnya diupdate masa hari raya pertama tapi hari raya ke3 baru dpt di'publish'kan sebab owner dok sibuk beraya.. 



Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012/1433H


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua braders dan sistars pembaca blog single is better.

Pejam celik, pejam celik, dan pejam celik... dah sampai ke penghujung bulan Ramadhan, so apa cer puasa korang kali ni? ohsem ke tidak? harap semuanya berjalan dengan baik dan dapat apa yang diimpikan. Jadi dikesempatan ini, walaupun terlalu awal (*takde la awal sgt, lusa dh nak raya kan*) untuk diucapkan saya selaku owner kepada blog ni ingin memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki kepada semua rakan - rakan , tidak kiralah di kolej , alam maya , alam realiti dan sewaktu dengannya dan tidak dilupakan kepada braders dan sistars yang membaca blog ni. 

Minta ampun sekiranya terkasar bahasa , tercakap lebih kurang, tergedik , terlambat hapdet belog, terperasan dan semua ter lah.  Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semuanya. Diharapkan semoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang, Insyallah ! jadi buat yang ingin pulang ke kampung , semoga selamat sampai diucapkan. 

“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa.
jika ada, kemaafan yang dipinta......”

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kepada para pengunjung blog dan rakan-rakan blogger jika ada tersalah tutur kata atau ada tulisan saya yang menyinggung perasaan anda samaada secara saya sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

*Doakan saya selamat pulang ke kampung pagi esok yer =D

Kenapa disembunyikan Malam Lailatul Qadar daripada diketahui manusia?


Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.
Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.
Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.
Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat.