Apesal

♥ Followers ♥

Keadaan mayat di dalam kubur

Beginilah gambaran keadaan mayat apabila berada di dalam kubur

Pengebumian jenazah... 
            Mengikut agama Islam, jenazah lebih dimuliakan dari jasad yang hidup. 
Mengurus jenazah orang Islam adalah wajib dan merupakan fardu kifayah yakni jika 
tiada orang mengurus jenazah tersebut, semua orang Islam di kawasan itu berdosa. Tetapi 
apabila sudah dikerjakan oleh beberapa orang Islam, maka orang Islam yang lain akan 
terlepas dari menanggung dosa. 
            Di antara perkara yang wajib dilakukan ke atas jenazah adalah memandikan, 
mengkafankan, melakukan solat jenazah dan mengebumikannya. Berbeza dengan 
sesetengah agama, Islam tidak membenarkan membakar mayat. Mayat tidak boleh 
dibakar kerana ini dikhuatiri akan menyakitinya. Malah melakukan bedah siasat tanpa ada keperluan juga turut ditegah. Betapa sakitnya jenazah, hanya dia yang mengetahui 
sedang kita yang masih hidup tidak mendengar rintihan sang jenazah.


Cara untuk lepaskan rindu kepada seseorang


Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.."

amin...

Fesyen bertudung mengikut agama

Wahai wanita beragama Islam yang melihat & membaca posting ini, anda memakai tudung mengikut agama mana? 

Sila kongsikan dgn kawan2 anda supaya mereka sedar tudung yg dipakai itu mengikut agama mana.

Permainan masa zaman kanak-kanak


1. Main baling selipar/Tuju kasut
Dulu kecik-kecik mainan nie paling famous. Sapa baling boleh jatuhkan semua selipar memang dah kira hebat lah tu. Mangsa adalah selipar jepun yang keras. Yang ringan-ringan tak layan sebab kalau baling melayang dah rugi mata nanti. Kalau kat kedah permainan ni kami panggil tuju kasut.
Baling selipar/Tuju kasut
2. Main baling Tin/Tuju tin
Kalau nak main mainan nie, nanti semua dok mencari-cari tin yang boleh dibuat benteng. Lepas main simpan balik tin nya sebab esok lusa nak guna lagi. Cara nak main dia, kita kena susun tin tu bagi jadi menara.

3. Polis sentry/Polis tantri/police and thief
Permainan ni tak tau la nama sebenarnya apa. Ada yang panggil polis sentry la, polis tantri la dan police and thief. Yang mana satu betoi pun aku tak tau laa. Tak kisah la orang panggil apa pun asalkan boleh main sudah. Sapa yang jadi kena kejar orang cuit lepas tu duduk mencangkung kalau tak nak jadi. main lah kejar-kejar sampai kene cuit orang lain. HAHA

4. Main lompat getah/ziropoin
Yang nie pon pemes gak.  Tempat aku panggil ziropoin. Ejaan dia tak pasti la sama ada ziropoin atau zero point. Ahh pedulikan la dengan ejaan. Beli getah and buat getah memanjang. Paling best kalau satu geng. Bila getah tu dah sampai kat kepala tu memang terer la budak yang lompat tu. Sekarang kalau nak main ngan geng memang aku kalah laa, diorang dah tinggi tinggal aku je yg pendek opss bukan pendek tapi comel..hikhok;p
Main lompat getah/zero point
5. Main guli
Guli ni pun selalu gak dok main. Kumpul guli pastu main dengan geng. Bila gaduh baling guli kat kawan..haha jahat gilos-,-

6. Main gasing
Yang nie pernah jugak lah main tapi tak ada lah macam kemaruk sangat. Besala la budak perempuan mana layan main gasing ni, budak lelaki ja yang obses terlebih. 
Main Gasing
7. Main datuk harimau
Kalau main mainan datuk harimau yang jadi ketua mesti badan besar sebab senang nak jaga anak buah kat belakang dari di makan datuk harimau. 

8. Main layang-layang
Tang mainan nie memang ikut musim angin. Sorang sampai ada 2-3 layang-layang. Kang kalau sangkut atau terputus ganti layang-layang baru. Layang-layang masa tu pon tak macam layang-layang zaman sekarang dah macam-macam rupa ada. Dulu balik-balik kartun otromen and dinasor jer yang ada. Dulu kalau rajin buat layang2 sendiri, kalau agak malas suruh abah tolong buatkan kalau agak ada duit beli layang2 yang dah siap kat kedai.

9. Batu seremban
Permainan ni aku la yang pro. Biasa mainan nie main berdua atau bertiga jer sebab kalau main reramai nak tunggu turn memang lama plus bosan.

10. Main nyorok-nyorok
Mainan nie biasa kena had kan besar kawasannya supaya orang yang jadi tu tak susah nak mencari orang yang menyorok. Kelakar betol ingat lagi dulu main nyorok-nyorok sampai masuk rumah orang sebab nak menyorok. Tapi kantoi jugak. HAHA

Panas!!Kajol dah berubah jadi lelaki sejati



LEGA...Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.
LEGA...Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.



Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.
Bagaimanapun, rayuan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol untuk mengetepikan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan yang dikenakan sebelum ini gagal apabila Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengekalkan hukuman tersebut.
Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.
Mohd. Hafis yang mengambil nama aktres Bollywood 'Kajol' sebagai nama gelaran dirinya dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai tahun lalu.
Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.


Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.

Mereka yang mempunyai tatu diharamkan memasuki beberapa lokasi di Jepun




PERSEPSI negatif dikhuatiri bakal menyebabkan seni mencacah tatu berkubur di Jepun.


Mereka yang mempunyai tatu diharamkan untuk memasuki beberapa lokasi di Jepun, daripada kolam air panas sehingga kelab kecergasan.
Datuk Bandar Osaka sebelum ini juga pernah mengarahkan golongan pekerja di bandar raya itu mengisi borang soal selidik untuk mengesan sama ada mereka pernah mempunyai tatu atau tidak.
Diskriminasi itu disebabkan kewujudan beberapa kumpulan seperti Yakuza, yang dalam kalangan ahli-ahlinya mempunyai corak tatu tertentu bagi membezakan mereka daripada kumpulan jenayah lain, seperti Yamaguchi-gumi.
Rangkaian kumpulan jenayah terancang di negara itu dianggotai kira-kira 50,000 ahli. Mereka terkenal dengan penglibatan dalam aktiviti perjudian, penyalahgunaan dadah, pelacuran sehingga jenayah kolar putih dan peminjam wang.
"Ia hanyalah sebuah seni lukisan tubuh. Namun, orang memikirkan yang bukan-bukan dengan mengaitkannya dengan sesuatu yang jahat," kata Horiyoshi.
"Imej-imej ini masih terpahat dalam minda masyarakat, tatu mempunyai kaitan dengan jenayah dan jenayah pula adalah Yakuza. Masyarakat kini takut dengan tatu apatah lagi untuk mencubanya."

Atuk kecewa cinta terhadap gadis 16 tahun hampa


BUKTI...Mohd Adnan menunjukkan laporan polis dibuatnya pada 14 Jun lalu.


REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.



“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya.

11 senarai pemain bola paling ingin didekati wanita


Menerusi akhbar Berita Harian edaran Sabtu lalu (16 Jun 2012), 11 pemain bola sepak tempatan telah disenaraikan sebagai pemain bola sepak yang paling diingini wanita.

Malah, mereka juga difahamkan dipilih berdasarkan rupa yang paling kacak dan dikenali ramai.
Sungguhpun artikel berkenaan tidak pula menyatakan siapa yang berada di tangga teratas, namun berdasarkan susunan nama yang disenaraikan itu, pemain Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas merupakan nama pemain yang paling utama ditulis.
"Saya betul-betul terkejut dengan pilihan ini. Terus-terang saya sama sekali tidak menyangka apabila diri saya diletakkan sebagai pemain bola sepak yang paling kacak dan paling ingin didekati wanita.
"Itu pilihan orang. Apa yang boleh saya katakan hanya berterima kasih saja. Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh dipilih. Kalau boleh saya mahu peminat bola sepak tempatan terus menyokong saya sebagai pemain bola sepak.
"Saya kalahkan Apex? Rasanya ia tidak perlu dijadikan isu. Saya dan dia adalah kawan serta kami berjuang untuk menerima kemenangan di atas padang. Soal rupa paras belakang cerita," kata Fadhli Shas.



Berikut adalah 11 senarai pemain boleh paling ingin didekati wanita:


1. Mohd Fadhli Shas (Harimau Muda)
2. Safee Sali (Pelita Jaya)
3. Wan Zack Haikal (Harimau Muda)
4. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
5. Nazmi Faiz Mansur (Harimau Muda)
6. Syed Adney (Sabah)
7. Yong Kuong Yong (Felda United)
8. Zaquan Adha (ATM FC)
9. Aidil Zafuan (ATM FC)
10. Khairul Helmi (Kedah)
11. Mohd Azrul Ahmad (Felda United)



Aksi sedih penyokong di EURO 2012


Sudah lebih 10 hari kejohanan Euro 2012 berlangsung dan kini ia menghampiri peringkat suku akhir.

Kali ini kita akan saksikan gelagat atau reaksi penyokong-penyokong yang tidak dapat menerima bahawa pasukan mereka sudah tersingkir.

Pasukan tuan rumah, Poland, naib juara Piala Dunia 2010, Belanda dan Rusia adalah diantara pasukan yang kuat tersingkir awal.

Kemeriahan mungkin sedikit terjejas kerana sebahagian penyokong sudah pulang ke negara masing-masing tetapi itulah dia lumrah kejohanan.

Apa-apa pun mereka pasti terhibur dengan aksi pasukan masing-masing dan akan terus memberi sokongan padu.

Penyokong Croatia


Penyokong Denmark

Penyokong Belanda

Penyokong Rusia


Penyokong Poland

Mas kahwin ikut negeri



Mampukah anda? Rasanya setakat mas kahwin ramai yang mampu, bab hantaran tu yang pening sikit.
Lebih-lebih lagi kalau kena kategori mak bapak macam nak ‘jual’ anak tu kan. Mahu kena korek tabung.
Namun, dari satu segi lain pulak, kalau nak ambik anak dara orang, kenalah berbelanja dan berusaha lebih sikit sebagai tanda kesungguhan.
Sebenarnya yang lebih penting adalah keikhlasan membina masjid, bukan duit yang diperlukan untuk bina masjid itu semata-mata.


Wanita memiliki janggut yang sangat panjang


Seorang wanita yang dikenali sebagai Vivian Wheeler dianggap sebagai wanita yang unik. Apa yang uniknya, dia memiliki janggut yang sangat panjang sehingga telah dinobatkan sebagai perempuan dengan janggut terpanjang di dunia dan telah di catat dalam Guinness Book of Records. Janggutnya mempunyai kepanjangan sebanyak 11 inci atau 27.94 cm. Vivian yang tinggal di Bakersfield, California dan sudah pun berusia 62 tahun pernah bekerja di dalam sarkas.




Vivian dilahirkan dengan mempunyai keadaan hypertrichosis atau dikenali dengan sindrom serigala di mana bulu-bulu atau rambut tumbuh secara berlebihan pada wajah.
Selain itu, Vivian juga dilahirkan sebagai hermaphrodite atau orang yang memiliki 2 jenis kelamin. Namun ketika masih kecil, ibu nya telah meminta doktor untuk membuang alat kelamin lelaki kerana ibu nya amat inginkan anak perempuan.
Si ayah juga pernah menyuruhnya keluar dan bekerja di dalam bidang pertunjukkan ketika dia masih berusia 5 tahun – dengan gaji $1,000 sebulan yang di kirim ke rumah – kerana sangat malu dengan keadaan Vivian.
Vivian sendiri pernah memiliki seorang anak lelaki bernama Richard Lorenc, 33 tahun, di mana semasa anak nya itu berusia 3 tahun, Richard telah diambil dari jagaan Vivian dan kemudian di letak di bawah jagaan orang lain ketika berusia 7 tahun.
Namun baru-baru ini, kedua beranak ini berjaya bertemu semula setelah pihak Jabatan Sosial menyiasat selama 6 minggu untuk membolehkan Richard bertemu dengan ibunya semula.  Vivian pada waktu ini sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan rumahnya di California dan tinggal di Kansas, bersama-sama dengan anaknya itu.
Ini bukanlah kehendak Vivian untuk memiliki janggut. Tetapi jika lihat pada wajahnya, Vivian nampak jelas lebih kepada sifat kelakian. Namun itu pilihannya. Jika dalam Islam, ia adalah mengikut sifat ke arah mana yang dipilih. Sebagai contoh, jika sifatnya lelaki, maka ibu bapanya perlu mencorakkan agar anaknya tersebut menjadi lelaki yang sejati.

sumber :melayu kini

Kelebihan berkahwin dengan wanita kurang cantik

Jangan risau jika mendapat isteri yang tidak berapa cantik. Cantik bukanlah segala-galanya. Yang penting baik budi pekerti.  Cantik pun kalau perangai tak elok pun tak guna jugak. Tengokla artis-artis sudahlah sebagai contoh. Penyudahannya bercerai jua. Tapi tak la semua macam tu kan
Mari kita lihat kelebihan-kelebihan isteri yang tak berapa nak cantik:
RAJIN
Isteri yang tidak berapa cantik ni, mereka agak rajin bekerja. Mereka tidak banyak mengharap. Tak perlu orang gaji. Tak seperti isteri cantik. Mereka takut kulit mereka gelap, takut tangan kasar dan macam-macam lagi la. Memasak pun takut tepercik minyak panas la. TETAPI, agak malang la kepada si suami yang beristeri tidak cantik tetapi isterinya malas.
LEBIH SELAMAT
Sebagai suami kepada golongan ini mereka juga akan berasa lega dan tidak perlu takut jika isteri curang. Peluang mereka untuk curang adalah tipis. Seperti contoh ketika bershopping, tidak ada yang akan mengorat isteri kita. Bila tiada yang nak mengenyit mata, tiadala yang nak mintak phone number, email dan sebagainya la.
KOS RENDAH
Boleh dikatakan begini kerana mereka tidak memerlukan banyak set kecantikan yang mahal-mahal. Cukup sekadar ada. Mereka tidak akan meminta untuk pergi ke salon yang mahal, rawatan spa, menyedut lemak, pembuangan selulit, pakaian branded dan macam-macam lagi lah. Senang kata mereka ini tidaklah cerewet dalam kecantikan.
LEBIH MENTAATI
Ramai yang mengatakan bahawa isteri yang cantik ni selalunya ego tinggi. Menafikan bahawa lelaki nih ketua dalam keluarga dan peratus yang tinggi untuk si isteri nih menjadi ‘Queen Control’. Selain itu, isteri-isteri yang cantik ni tidak risau kehilangan suami mereka kerana lebih ramai lelaki lagi menanti mereka di luar sana.
Walau apa pun, ini adalah pandangan sahaja. Tak semua isteri cantik tuh tak ada kebaikan. Tak semua isteri tak cantik tu baik sangat. Bagi isteri yang tak cantik juga haruslah anda menjaga penampilan anda. Jangan la kusut masai ja. 

Majlis Perkahwinan Unik




WATTSBURG, Amerika Syarikat - Satu pasangan pengantin, Beth Meabon dan Drew Robinson menaiki sebuah traktor gergasi di sini kelmarin.
Meabon, 20, dan Robinson, 22, memandu traktor itu selepas mereka melafazkan ikrar perkahwinan semasa berdiri di atas bahagian tempat membawa muatan trak pikap di belakang rumah Meabon.
Lebih 150 orang menghadiri majlis perkahwinan pasangan penternak itu. - Agensi


MEABON (kiri) dan Robinson melangsungkan perkahwinan di atas trak pikap di Wattsburg kelmarin. 

sumber:kosmo

Ejaan ZION terdapat pada logo OLIMPIK LONDON 2012

Olimpik London 2012 dijangka akan berlangsung pada 27 Julai 2012 dan dijadualkan berakhir pada 12 Ogos 2012. Sukan terbesar di dunia ini bakal disertai oleh ratusan negara berdaulat dan ribuan atlit daripada negara peserta dijangka akan berkampung di sekitar London dalam tempoh tersebut.

Namun, kemeriahan sukan tersebut menjadi sedikit hambar apabila logo rasmi sukan Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan perkataan ‘ZION’. Apabila menyebut mengenai ZION, minda kita terus terarah kepada pertubuhan Zionisme yang dikelolakan oleh Yahudi Israel. Pertubuhan sekular tersebut menjadi taboo kepada kebanyakan umat Islam di dunia. Umumnya, umat Islam mengaitkan Zionisme dengan keganasan terhadap umat Islam Palestin.
Konspirasi Israel
Pendedahan berkenaan logo rasmi Olimpik London 2012 ini mula-mula diajukan oleh kerajaan Iran pada awal 2011. Kerajaan Iran mengaitkan logo tersebut dengan konspirasi sulit Israel dan Iluminati yang mana cuba ‘membasuh minda’ masyarakat dunia dengan medium sukan mega.
Tidak dinafikan logo Olimpik London 2012 mempunyai kaitan dengan Israel. Lihatlah betapa licik dan jahatnya Yahudi Zionis dalam mencipta propaganda dan kaedah sulit untuk menghancurkan umat manusia. Memang benarlah kata-kata sesetengah pihak bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang menyebabkan umat manusia sering huru-hara sehingga tidak sunyi daripada peperangan. Memang layak mereka mendapat laknat Allah swt dalam Al-Quran.


Gambar keluarga Ustaz Azhar Idrus


Bahagianya tengok family Ustaz Azhar Idrus ni. Semua gambar ini diambil dari facebook fanpage Ustaz Azhar Idrus Original. Mari lihat beberapa keping gambar keluarga besar Ustaz ni.




Untuk makluman anda, Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang jurugambar. Kat bawah ni adalah gambar anak-anaknya yang diambil olehnya sendiri. Menurut sumber, nama anak Ustaz ni adalah Rasydan dan Mukmin.



Fazurina kini juga bertudung

Fazurina Kini Sudah Pakai Tudung

Fazurina mengambil keputusan untuk bertudung selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu. Menurut Fazurina, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian. Menurutnya lagi, sebagai seorang Islam dia percaya dengan qada dan qadar dan menganggap jika perkara itu terjadi pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Untuk perempuan!!Cara atasi masalah mendapat panggilan lucah

Assalamualaikum semua.


Lately, aku selalu dapat panggilan dari lelaki (senang cerita lelaki gila seks laa) yang aku tak kenal, kalau kacau biasa2 aku boleh terima lagi ni dan sampai melibatkan gangguan seksual, melampau betul -,-. Sebelum ni pun ada jugak tapi buat taktau jaa, dan sekarang ni dia dok kacaauuu lagi..haish..memang nak kena betoi la laki ni.. So, hari ni aku nak share dengan korang semua cara nak atasi masalah ni.
kami menerima nasib yang sama..
1. Buat report polis
Kalau dah tak tahan sangat buat report ja la senang cerita. Kot2 la dia ada send gambar pelik2 (berdasarkan pengalaman sendiri ni -,-) dan menyebabkan korang takut better inform dekat family dulu dan ajak family report polis terus. Kalau korang jenis macam aku, malas nak perbesarkan cerita, buat taktau ja laa..senang~(kalau dia hantar gambar pelik2 jangan dok delete pulak, benda tu boleh dijadikan bahan bukti *aku dulu silap gi delete pulak gambar yang orang tu send-,-)


2. Buat tak tahu
Save nombor telefon orang yang selalu dok kacau tu. Kalau dia call, buat tak tau ja ataupun tekan je butang merah kat phone tu. Kalau dia send mesej, tak payah baca la terus delete.


3. Perdengarkan ayat al-Quran
Kalau dia dok call lagi..apa kata korang buat macam yang aku buat. Buka mp3 yang ada ustaz2 dok baca ayat Al-Quran dan letak phone kat speaker tu, bagi dia insaf sikit dan untuk perhabiskan kredit dia sama..haha


4. Paparkan nombor telefon orang tu kat wall di facebook anda.
Mintak tolong kawan2 kacau orang tu balik. Baru padan muka dia..huh! dok kacau orang sangat kann..


Hmm apa lagi cara nak atasi ekk?? Sapa2 yang ada idea boleh tolong tambah kat komen. Terima kasih ^__^



Video suami tampar isteri dalam majlis perkahwinan


Panas baran betul ni...-,-

Perasmian Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB SAS) oleh DYMM Sultan Perak

Assalamualaikum semua,
Hari ni nak share dengan anda semua pasal perasmian KSKB Sultan Azlan Shah semalam oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah.
Majlis Perasmian Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta Perak (14 Jun 2012 - Khamis) Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan . Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke – 84
Alhamdulillah, majlis semalam berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Ramai tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis perasmian tersebut.
Di dewan inilah majlis gilang-gemilang tersebut berlangsung..
credit: fb kskb sas
Kat bawah ni ada gambar semasa majlis perasmian tersebut berlangsung..
 


 







(credit to perak today)

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah mula beroperasi pada 1 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah pada 14 Jun 2012. Sebelum dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kolej ini dikenali sebagai Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.

Sekian saja entry untuk hari ini, mood sangat happy sebab majlis perasmian dah selesai, dah takdak raptai2 dah..jom sambung cuti yang tergendala ^____^



Jawapan kepada persoalan lelaki terhadap wanita



“KENAPA PEREMPUAN CEPAT MERAJUK??”
“KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMBURU??”
“KENAPA PEREMPUAN SENTIASA RISAU AKAN SESUATU??”

Dan jawapan dari hati seorang insan bernama perempuan…

Kami MERAJUK pasti ada sesuatu yang menyentuh hati…kami CEMBURU bukan tidak bersebab…RISAU kami juga bersebab yang menyentuh nurani kami…fitrahnya ciptaan seorang perempuan…Allah ciptakan kami punyai hati yang terlalu halus…punyai 9 nafsu dan 1 akal…bukan kami tidak bisa berfikir dan kadang-kadang kami berfikir lebih rasional dari kaum adam…Cuma fitrah kejadian ini tidak dapat lari dari hati kami…mudah tersentuh…sekuat mana perempuan itu pada luarannya..namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bisa menggoncang dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dia bias menakluk dunia…namun dia tetap perempuan…sekalipun dialah yag memegang takhta pemerintahan…namun dia tetap perempuan…punyai kehalusan hati..emosi di sisi diri…namun rasional kami jua dari emosi…

Dicipta kami dari tulang rusuk kiri seorang insan bernama lelaki bukan untuk di sakiti…bukan untuk di lukai…namun hikmahnya ciptaan kami…dari situ la kami ingin dilindungi…dari sisi kirimu jua kami ingin dikasihi…dari sebelah kiri jua kami dicipta menjadi kekuatan buatmu kaum adam…kami jua sayap kiri buatmu pejuang-pejuang agama Allah…menjadi nadi mujahidah untukmu ISLAM…SubhanaAllah.



(Gambar) Budak ada ekor


Perkara ini terjadi di India suatu ketika dulu. nama budak ini telah direkodkan di dalam Guiness Book of Records.

Gambar gadis-gadis bila dihadapan kamera


Motif mereka buat aksi macam tu ofkos la nak nampak cute dalam gambar. Trend orang sekarang snap pic buat mulut muncung, pipi kembong plus tutup mata sebelah ala2 macam kartun la kononnya. Adakah anda juga pernah berbuat demikian??
and stop making monkey face too