Apesal

♥ Followers ♥

Kisah Puteri Wanang Seri

Sekarang ni aku tengah buat kajian mengenai Puteri Wanang Sari atau masyarakat lebih kenal dengan nama Puteri Walinong Sari. Jangan terkompius pulak sebab Puteri Wanang Sari dan Puteri Walinong Sari adalah orang yang sama. Puteri ni dikatakan sangat cantik dan pandai bersilat gayung. Cerita pasal puteri ni bagi aku sangat menarik tapi cerita dia buat aku tertanya-tanya, ke mana hilangnya puteri tersebut dan adakah dia berjaya menemui Raja Mambang Segara?? Nak tahu lebih lanjut boleh teruskan membaca mengenai hikayat Puteri Walinong Sari..
gambar hiasan

Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). Ada pun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara.

Ada pun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan melalui perkahwinan diraja. Raja Siak misalnya telah berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, pecah berita bahawa Bendahara Paduka Raja itu menaruh seorang puteri yang cantik jelita. Puteri Wanang Seri namanya. Ada pun ini selain dari mempunyai rupa paras yang terlalu rupawan, Puteri Wanang Seri juga sangat perwira, pandai bersilat gayung dan melambung senjata. Puteri Wanang Seri juga sangat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja sendiri sehingga Bendahara menetapkan barang siapa yang mampu menewaskan Puteri Wanang Seri dalam ilmu persilatan, orang itu akan diangkat oleh Bendahara menjadi menantunya.

Sudah ramai anak-anak muda dari kalangan rakyat jelata mahupun dari keturunan raja yang tewas dalam sayembara persilatan kepada Puteri Wanang Seri. Hingga di satu masa, Bendahara merasa masygul apabila mengenangkan puterinya yang tidak akan dapat berkahwin dengan mana-mana jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri ini singgah ke pendengaran Raja Melaka. Baginda berhasrat untuk menyunting Puteri Wanang Seri untuk dikahwinkan dengan anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung itu bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda kemudiannya mengutuskan utusan meminang yang diketuai oleh Hang Ishak ke Inderapura.

Setelah menerima penghadapan dan mendengar akan maksud kedatangan rombongan itu, Bendahara Paduka Raja merasakan bahawa sudah tidak guna lagi baginya beradu sayembara persilatan kerana jika diteruskan, kelak puteri baginda itu akan menjadi dara tua. Tanpa bertanya kepada Puteri Wanang Seri terlebih dahulu, Bendahara menerima maksud kedatangan rombongan itu dan pertunangan serta perkahwinan ditetapkan dalam jangka masa 4 purnama.

Ada pun Puteri Wanang Seri sewaktu menerima perkhabaran itu tiadalah dia bersuara melainkan tunduk berdiam diri sahaja. Bendahara dan sekelian menteri serta hamba rakyat kemudian sibuk mendirikan balai diraja untuk tujuan kenduri perkahwinan itu kelak. Malah rakyat jelata turut bergembira menyambut berita bahawa Puteri Wanang Seri akan berkahwin dengan orang besar dari Melaka.
"Ampun Tuanku, sembah patik pohonkan diampun" sembah Inang Tua pada suatu hari.
"Ada apa Inang? katakanlah.." Titah baginda Bendahara Paduka Raja.
"Ampun Tuanku. Adapun kita ini kekurangan suatu barang buat hantaran ke Melaka nanti. Jika ada keizinan Tuanku, patik ingin ke Pekan untuk mendapatkan barangan itu.."
"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.
"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak dibeli 7 bidang.." sembah Inang Tua.
"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.
"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.
"Anakanda teringin benar hendak melihat pasar dan juga suasana di Pekan itu. Izinkanlah ayahanda, kerana tidak lama lagi, tidaklah anakanda dapat melihat negeri kita lagi...
"Baiklah. Ayahanda izinkan.."

Maka berangkatlah Puteri Wanang Seri menuju ke Pekan dengan menaiki usungan diiringi oleh juak-juak dan inang pengasuh. Perjalanan menuju ke Pekan itu mengambil masa setengah hari. Apabila matahari naik ke kepala, rombongan itu berhenti di sebuah kolam yang jernih bagi melepaskan penat lelah dan dahaga.
"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.
"Baik, Tuanku.."

Inang kemudiannya pergi ke tepian kolam dengan membawa sebiji buyung. Suasana di kolam itu teramat cantik. Ibarat syurga dunia layaknya. Burung-burung bersiul berterbangan. Pokok-pokok merimbun menghiasi tepiannya. Permukaan airnya sangat jernih. Pendeknya terasa segar tubuh badan melihat pemandangan ciptaan tuhan itu. Inang itu tahu bahawa dia tidak harus berlama-lama di situ. Kelak dibimbangi tuan puteri jatuh murka.

Sebaik sahaja sampai di tempat peristerihat tuan puteri, inang itu terus menceritakan hal kolam yang cantik itu. Puteri Wanang Seri terus terpesona ingin melihat pemandangan kolam itu. Terus sahaja baginda berangkat ke tepian kolam itu. Benar kata inang itu. Pemandangan kolam itu sungguh cantik hingga membuatkan hati Puteri Wanang Seri merasa sangat sukacita. Baginda kemudian bersyair dan bermadah menghiburkan hati baginda sambil diselangi dengan tawa inang-inang pengiring.

Di kala itu, seorang putera kayangan yang bernama Raja Mambang Segara sedang berburu di sekitar kolam itu. Adapun Raja Mambang Segara ini adalah anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir yang berdiam di kemuncak Gunung Tahan. Apakala terpandangkan rombongan itu sedang bersuka-sukaan, dan melihat pula panji kebesaran putera-puteri diraja sedang berkibar ditiup semilir waktu tengahari, tahulah baginda bahawa rombongan itu adalah rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah banyak khabar berita yang baginda dengar tentang Puteri Wanang Seri itu. Baginda ingin melihat kecantikan Puteri Wanang Seri selain dari menguji ilmu kepandaian puteri itu.

Raja Mambang Segara kemudian menukarkan dirinya menjadi seekor burung merpati berwarna putih bersih. Lalu burung merpati itu terbang hinggap di atas ranting pokok berhampiran dengan tempat Puteri Wanang Seri sedang beristirehat. Tatkala terpandangkan merpati putih itu, Inang Tua langsung menegur.
"Eh, eh. Cantiknya burung merpati itu tuan puteri. Lihat tu.."

Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar. Seperti ada lelaki yang sedang memandangnya. Sewaktu menoleh ke arah burung merpati itu, Puteri Wanang Seri segera menarik tudung menutupi wajah baginda.

Melihat sahaja akan burung merpati putih itu, hati baginda terus tertawan. Lantas diperintah juak-juak pengiring menangkap burung merpati itu. Anehnya burung merpati itu langsung tidak melarikan diri. Seolah merelakan dirinya ditangkap oleh juak-juak itu pula. Puteri Wanang Seri merasa amat sukacita mendapat burung yang jinak itu. Terus sahaja baginda membelai dan bermain-main dengan burung merpati itu.
"Siapakah gerangan engkau wahai burung merpati? Kenapa beta tiba-tiba jatuh kasih kepadamu. Katakanlah wahai burung.." madah baginda seolah-olah burung itu memahami kata-kata baginda.
Burung merpati itu terbang hinggap di atas jari telunjuk Puteri Wanang Seri.
"Kenapa Tuan Puteri menutup wajah Tuan Puteri?" tanya Inang Pengasuh.
"Entahlah inang. Hati beta merasa berdebar-debar melihat burung merpati ini. Beta merasa malu pula. Seperti burung merpati ini seorang lelaki layaknya..."
Mendengarkan madah Puteri Wanang Seri itu sekelian inang ketawa lucu.
"Ada-ada sahaja Tuan Puteri ini.. Inikan hanya seekor burung?" kata Inang Tua.

Setelah terlerai segala lelah yang mengikat urat saraf, tibalah masanya rombongan itu berangkat meneruskan perjalanan.
"Terbanglah engkau wahai merpati. Beta tidak dapat hendak membawa kamu bersama kerana beta tidak sampai hati hendak mengurung kamu di dalam sangkar. Kamu tentu inginkan kebebasan. Berat rasanya hati beta hendak berpisah dengan kamu. Hati beta sudah jatuh kasih padamu wahai burung. Walau bagaimanapun pulanglah engkau ke tempat asal engkau. Selamat jalan, burung..."
Ketika itu airmata hiba Puteri Wanang Seri jatuh ibarat karang yang berderaian. Burung merpati itu kemudian terbang jauh melintasi kolam itu.

Setelah rombongan itu berangkat pergi, burung merpati itu bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara. Tahulah Raja Mambang Segara bahawa Puteri Wanang Seri itu seorang puteri yang budiman. Walaupun Puteri Wanang Seri itu sekadar memperlihatkan matanya, namun Raja Mambang Segara dapat merasakan bahawa puteri itu tersangat jelita. Hati Raja Mambang Segara sudah terpikat. Tanpa berlengah, baginda menuruti jejak rombongan itu menuju ke Pekan.

Ada pun rombongan Puteri Wanang Seri itu tiba di Pekan. Pekan merupakan sebuah kota yang sibuk dengan pasarnya. Hamba rakyat yang mendiaminya sangat ramai dengan aneka jualan dan juga permainan di dalam pasarnya. Rakyat jelata apakala mengetahui rombongan Puteri Wanang Seri mengunjungi kota itu, terus sekelian hamba memberi pelbagai hadiah buat tuan puteri dan juga Paduka Bendahara.

Raja Mambang Segara yang baru tiba di Pekan itu kemudian menukarkan dirinya menjadi seorang pemuda buruk yang berpakaian compang camping. Baginda kemudiannya mendekati usungan Puteri Wanang Seri lalu menghulurkan sebiji talam yang sangat cantik ukirannya.
"Ampun Tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian yang tidak seberapa dari hamba yang hina ini..."
Puteri Wanang Seri menarik tabir usungan. Dilihatnya seorang pemuda buruk sedang memegang talam yang sangat halus buatannya. Dilihatnya pemuda itu sangat comot tetapi matanya bercahaya dan bersinar galak. Puteri Wanang Seri merasakan darahnya menyimbah naik ke muka apakala menentang sinar mata pemuda miskin itu.
"Terima kasih orang muda. Beta merasa berbesar hati menerima hadiah dari kamu.. Budi kamu beta junjung"

Setelah memperolehi Kain Cindai Kulit Manggis 7 bidang itu, rombongan itu pulang ke istana. Malamnya pula Puteri Wanang Seri tidak dapat melelapkan mata, asyik terkenangkan pemuda comot itu. Kesokan paginya, sebaik sahaja ayam berkokok dan fajar menyinsing, Puteri Wanang Seri sudah bersiap-siap berlanggir untuk menuju ke Pekan dengan ditemani oleh inang-dayang dan juga juak-juak.

Seperti hari sebelumnya itu, Puteri Wanang Seri bertemu dengan pemuda yang memakai pakaian compang camping itu lagi. Kali ini pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekaki payung berwarna kuning.

Hari yang ketiga, Puteri Wanang Seri turun lagi mengunjungi Pekan. Hari yang ketiga itu, pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekuntum Bunga Melur.
"Orang muda..." titah Puteri Wanang Seri.
"Patik, Tuanku.."
"Tahukah kamu bersilat dan bermain senjata..?" tanya tuan puteri.
"Hamba erti sedikit-sedikit, Tuanku" jawab pemuda itu.
"Mahukah kamu kalau beta mengajak kamu bersayembara di gelanggang silat?" tanya Puteri Wanang Seri lagi.
"Jika itu sudah kemahuan Tuanku, patik menurut sahaja..."

Maka hari sayembara itu ditetapkan. Sekelian hamba rakyat keluar menyaksikan pertarungan persilatan antara Puteri Wanang Seri dengan pemuda miskin yang ditemuinya di Pekan. Sebaik sahaja ditiup nafiri, Tuan Puteri Wanang Seri masuk ke gelanggang silat lengkap berpakaian kebesaran. Bertudung menutupi wajahnya sebagai tanda menjaga maruah puteri melayu. Di gelanggang persilatan, pemuda comot itu sedia menanti.

Puteri Wanang Seri sangat perwira dan tidak pernah kalah walau sekalipun sebelum sayembara itu. Baginda merasa amat pasti bahawa baginda akan memenangi pertarungan itu. Kedua-dua belah pihak saling bertukar pukulan dan buah kilas. Sesekali jurus yang dikeluarkan adalah jurus kebatinan yang memukul dari jauh. Segala pukulan yang ditujukan ke arah pemuda itu dapat dikesampingkannya dengan sempurna malah ilmu persilatan pemuda itu jauh lebih hebat daripada ilmu pertempuran Puteri Wanang Seri.

Mereka saling berasak-asak dengan pukulan yang merbahaya sehingga akhirnya pemuda itu melancarkan jurus pukulan yang sangat hebat. Puteri Wanang Seri tahu bahawa dia akan tewas dalam sayembara itu. Bagi menjaga maruah istana, baginda merasakan bahawa baginda harus memenangi sayembara itu walau dengan apa cara sekalipun. Di saat yang genting itu, Puteri Wanang Seri menarik tudung yang menutupi wajahnya lalu terlihatlah seri cahaya wajahnya yang gilang gemilang. Melihatkan kecantikan puteri itu, pemuda comot itu terus jatuh pengsan akibat gelora nafsu yang tidak tertahan.

Sebaik sahaja pemuda comot itu pengsan, hilang sementara waktu segala kesaktiannya. Pemuda comot itu tidak semena-mena bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara, lengkap berpakaian kebesaran serta busar panahnya terletak di sisi. Melihatkan hal itu, Puteri Wanang Seri segera menitahkan agar Raja Mambang Segara yang masih tidak sedarkan diri diusung naik ke istana.

Raja Mambang Segara pengsan tidak sedarkan diri selama setengah hari. Peristiwa itu disaksikan oleh Raja Laksamana Petir dari Kemuncak Gunung Tahan melalui cermin hikmat baginda. Baginda merasa amat murka terhadap Raja Mambang Segara kerana tidak harus keturunan baginda tewas dengan kecantikan seorang manusia. Baginda kemudian menghantar utusannya untuk mengambil Raja Mambang Segara yang masih belum sedarkan diri di istana Inderapura.

Arakian, muncullah petir dan kilat sabung-menyabung di langit tinggi. Puteri Wanang Seri masih setia di sisi Raja Mambang Segara namun dilihat oleh baginda, jasad Raja Mambang Segara semakin lama semakin menipis. Baginda puteri terkejut dengan kejadian itu. Tiba-tiba menjelma kilat dari langit beserta yang letupan guruh yang memekakkan telinga membelah udara istana. Jasad Raja Mambang Segara lenyap dari pandangan. Puteri Wanang Seri terus jatuh pengsan.

Dalam tidak sedarkan diri itu, Puteri Wanang Seri bermimpi bertemu dengan seorang pendita.
"Wahai Puteri Wanang Seri. Nama anak raja itu ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya bernama Raja Laksamana Petir. Jika Tuan Puteri kasihkan ia, carilah ia di kemuncak Gunung Tahan. Di sanalah ayahandanya berkerajaan".

Ada pun keesokan harinya, Puteri Wanang Seri dikhabarkan lenyap dari istana. Ada yang mengatakan bahawa Puteri Wanang Seri telah berangkat ke Kemuncak Gunung Tahan mencari kekasih hati baginda. Kadang-kadang Puteri Wanang Seri dilihat muncul di Inderapura bersama dua orang pengiring perempuan. Seorang sedang memayungi Puteri Wanang Seri dengan payung berwarna kuning manakala seorang lagi pengiring baginda menaburi langkah Puteri Wanang Seri dengan bunga-bunga yang diisi di dalam talam berukiran indah. Nama Puteri Wanang Seri kemudiannya lebih dikenali ke hari ini sebagai Puteri Walinong Sari. Wallahua'lam.

Rasa teringin sangat nak tengok wajah Puteri Walinong Sari ni..adakah puteri ni mempunyai pewaris??



Kulit melecur akibat makan Parasetamol

Eva Uhlin

Suatu masa lalu, Eva Uhlin, 19, dari Sweden mengalami penyakit pelik iaitu alahan pada parasetamol yang menyebabkan kulit Eva terbakar dan terkupas teruk dan keadaan ini boleh membawa maut.Mengikut rekod, ia terjadi satu dalam sejuta dan 41 peratus dari pesakit tidak dapat bertahan namun, Eva yang bekerja sebagai seorang pelayan kini sembuh sepenuhnya dan mendapat kembali kejelitaannya beberapa tahun yang lalu.




Mimpi ngeri beliau bermula ketika berusia 15 tahun apabila dia tiba-tiba jatuh sakit semasa bercuti dan diberikan parasetamol untuk melegakan demamnya.Namun keesokan harinya ketika bangun Eva mendapati lepuh terbakar di wajah dan sebahagian besar tubuhnya lantas dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit kes terbakar.48 jam pertama berada di hospital, Eva dirawat oleh 15 doktor.



Dalam beberapa tahun, dia kehilangan kebanyakan kulit wajahnya, bahagian dada, lengan, belakang dan perut.Bulu mata, kuku tangan, kuku kaki dan sebahagian daripada rambutnya turut terjejas.Kini, Eva sudah sembuh tetapi kulitnya sangat sensitif dengan cahaya matahari.



Kesan demonstrasi BERSIH 3.0

TV, radio, blog semua tengah hot dengan cerita pasal BERSIH. Ada apa dengan BERSIH 3.0 ni? Tak nak komen banyak pasal hal ni nanti takut aku yang kena hentam pulak..Layan je gambar kat bawah ni yek..Peace!!






Sampah di merata-rata tempat, harta benda awam habis rosak..apa la nak jadi..nak sangat kot Malaysia ni jadi macam negara lain yang tak aman, demonstrasi sana sini sampai ada nyawa yang melayang..Sapa yang dapat untung dan sapa yang rugi?


Gambar Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai


Akhirnya mereka sah bergelar sebagai suami isteri..Tahniah buat Fasha Sandha dan suami..











fasha sandha nikah-29

fasha sandha nikah-19

fasha sandha nikah-30

fasha sandha nikah-33

fasha sandha nikah-31

fasha sandha nikah-32

fasha sandha nikah-40

fasha sandha nikah-34

fasha sandha nikah-35

fasha sandha nikah-38

fasha sandha nikah-47

fasha sandha nikah-78

fasha sandha nikah-98

fasha sandha nikah-244

fasha sandha nikah-165

fasha sandha nikah-326

fasha sandha nikah-204

fasha sandha nikah-295

fasha sandha nikah-283

fasha sandha nikah-276

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥




♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. 

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Silapnya seorang wanita


SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :
 
bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..

makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..

dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu.


Mencintai tidak semestinya memiliki

Malam sampaikan salam ku
Biar terubat rindu hati ku

Agar tak terseksa hati ini
Ya Allah tolong lembutkan hatinya

Agar bisa menerima salam ku ini
Berpijak pada bumi yang nyata itu memang dah pasti tanpa menoleh ke belakang walau seinci pun, namun terkadang hati ini tidak begitu kuat untuk menerimanya.
Namun sesungguhnya aku tidak pernah bersendirian didalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang kerana hati ini sentiasa di jaga dan di lindungi bahkan ketika ini walaupun hati ku telah kecewa namun aku tetap berada di samping-Nya kerna pandangan-Nya tidak pernah lari dariku walaupun sesekali aku telah melupakan-Nya.
Pasrah pada ketentuan-Nya adalah jalan sebaik-baiknya sebagai orang yang beriman. Mengapa aku harus menyerah sedangkan itu cuma dugaan yang kecil untukku. Ku simpul keazaman di hati ini agar selalu tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.
Nyanyian rindu ini berulang lagi setiap malam, aku akan terjaga bila mengenangkan dirinya, namun aku perlu kuatkan hati agar bisa belajar untuk melupakannya, walaupun pahit aku harus menerimanya, bukan kah indahnya ujian itu dan manisnya duka itu bila mana kita dapat menerima hakikat itu yang cinta tidak harus memiliki.
Mengapa aku harus mencari cinta yang tiada hujungnya, sedangkan dihadapan ku telah ada cinta yang abadi yang sentiasa menjaga dan merawat ku, perlukah aku berpaling dari-Nya sedangkan telah ku tahu cinta-Nya mengatasi segala-galanya.
Ku memohon kepada-Nya agar aku bisa bertahan didalam setiap ujian-Nya.
Teman ku berkata kepada ku dan kata-kata ini membuat aku tersedar dari lamunan seketika. Bacalah semoga hati mu akan bertambah sejuk bila menghadapi segala kesakitan akibat cinta.
“Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu, maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah. Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya, maka bencilah kepadanya, namun jika diredhai oleh keduanya, maka cintailah dia supaya engkau tidak mencintai atau membenci kerana hawa nafsumu.”
Sesungguh aku telah lalai sekali lagi dan sesunguhnya aku telah bersedia untuk menunggu saat ini untuk bisa memperbaiki segala amalan ku apatah lagi perjalanan ku baru bermula. Ya Allah sambutlah tangan ku ini dan sesungguhnya aku menunggu diri-Mu dan cahaya kasih-Mu sepanjang masa.
Cahaya itu memanggil nama ku dan mengajak aku untuk bersama-Nya di setiap panggilan-Nya. Rindunya hati ini bila melihat cahaya cinta-Mu yang telah bermukim di hati ini untuk selamanya.
Sesungguhnya aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap-Nya, tanpa cinta-Nya mungkin aku akan kandas untuk selamanya. Bangunnya aku hari ini adalah untuk-Nya selama-lamanya.

Hati ku hanya satu

Jiwa ku cuma satu

Dan sesungguhnya aku telah serahkan
Kepada yang berhak...

Kisah cinta laut dan langit

Dahulu Kala, langit dan laut saling jatuh cinta, mereka sama-sama saling menyukai antara satu sama lain.
Sukanya laut terhadap langit, warna laut yang biru, sukanya langit terhadap laut, warna langit yang biru n memutih. Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan “aku cinta padamu” ke telinga langit.
Setiap langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawap apa-apa pun hanya tersipu-sipu malu wajahnya penuh kemerah-merahan.
Suatu hari, datang awan begitu melihat kecantikan si langit,
Awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit.

Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut saja.
Awan sedih tapi tak putus asa, mencari cara dan akhirnya menemukan akal fikiran.
Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut merasa marah kerana tidak boleh melihat langit sehingga dengan gelombangnya, laut berusaha mengusir awan yang menganggu pandangannya.
Tapi tentu saja tidak berhasil.
Lalu datanglah angin,
Sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit merasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan, awan terbagi2 menjadi banyak bahagian sehingga tidak boleh lagi melihat langit dengan jelas, tidak boleh lagi berusaha mengungkapkan perasaannya terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan.
Setiap ke laut, di mana ada satu garis antara laut dan langit, disitulah mereka bersatu selama-lamanya.

Dalam diam aku mencintaimu

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah sekadar mencintai dia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu merosak kesucian dan menjaga hatinya..
 
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, hanya Allah yang mengetahuinya dan melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...