FREE

♥ Followers ♥

Ciri-ciri lelaki kasanova


1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan.  Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong.  Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa
3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating.  Siapa yang akan sampai dahulu.
4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan.  Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif.  Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu. Alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Tips lulus test JPJ motosikal

Entry kali ni nak bagi tips dekat adik-adik yang nak ambik test JPJ B2. Sebenarnya test JPJ moto ni mudah je kecuali bahagian meniti atas titi tu je sikit yang susah, ramai jugak la orang yang gagal dekat situ. Masa test JPJ haritu cik single dapat 19/20 ja untuk bahagian 2. Bahagian yang dipangkah ialah semasa brek kecemasan, adoyai gua punya la brek sampai berapi tapi brader JPJ tu boleh kasi pangkah dengan sebab gua brek kaki dan tangan serentak. Padahal masa praktis dulu abang-abang institut memndu tu suruh brek serentak, yang mana satu betul pun taktau la.-,-


Meniti Atas Papan

Bahagian ni la yang ramai orang selalu gagal. Seperti yang korang tau kan syarat kat sini ialah tidak jatuh dari titi, kaki tidak mencecah jalan dan masa tidak kurang dari 7 saat. Di sini korang mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk
mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear dua.(sebenarnya gear berapa pun takpa tapi sebaiknya gear dua la).

Menunggang Antara Kon

Pastikan tidak melanggar  kon dan kaki tidak mencecah jalan. Part ni senang ja, sambil nyanyi pun boleh lepas. Hikhik.

Brek Kecemasan
Gunakan kelajuan yang sederhana. Gunakan gear dua atau gear tiga. (sebaiknya gear 3 la).Pecut dan berhenti dalam ruangan atau kotak yang disediakan. Semasa berhenti pastikan jatuh kaki kiri dulu.

Pusingan 8

Tidak susah untuk buat ni. Pastikan gear yang digunakan ialah gear dua.
Elakkan daripada kaki mencecah jalan dan jatuh dari motosikal.

Selekoh Tajam

Yang ni pun senang jugak. Pastikan kaki tak kena dekat tebing tu. Gunakan gear dua.

Bahagian Jalan Raya

Tamat bahagian dua. Untuk mulakan bahagian tiga, first  tolak motosikal di tempat yang disediakan. Betulkan topi keledar dan pakai dengan kemas. Betulkan cermin pandang sisi kiri dan kanan. Periksa satu persatu lampu hadapan dan lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan, pastikan brek kaki dan tangan berfungsi, masukkan gear dua. Lihat belakang, bila takdak kenderaan beri isyarat tangan, lihat belakang sekali lagi pastu berulah boleh jalan.

Seterusnya, apabila korang sudah memulakan perjalanan, pastikan korang menggunakan isyarat tangan untuk mengubah haluan. Pastikan korang memandang kiri, kanan dan belakang sebelum bergerak di persimpangan.
Bila dah habis, free gear, matikan enjin moto dan double-standkan  motosikal.
Ambil result korang dan tamat ujian motosikal.
Bagi yang baru nak ambik lessen tu cik single ucapkan semoga Berjaya yer..J

Tips hubungan jarak jauh

Entry hari ini mengenai tips hubungan jarak jauh khas untuk mereka yang bercinta jarak jauh dan menanggung derita merindu. 
Tips Pertama
Jarak jauh bukan penghalang untuk bercinta okeh. Jadi, untuk mengukuhkan lagi percintaan anda, perlukan kepercayaan dua dua pihak yang sangat tinggi ! Ya.. Lebih tinggi daripada kebiasaan sebab ini berkaitan jarak yang dah berbeza. Yelah, kita mana la tau, dengan sapa pasangan kita cakap, apa yang dia buat, dah makan ke belum dan sebagainya. Mesti lah akan timbul kejelesan disitu. So.. Saling mempercayai jugak dapat memperkuatkan lagi hubungan cinta itu. Ehemmm.. :P

Tips Kedua
Saling lah berhubungan ! Hehe.. Di zaman yang serba canggih manggih ni, macam macam boleh di buat untuk melepaskan rindu ! Ada SMS, ada MMS, ada Call , dan banyak lagi cara. ! Hehe.. Kalau nak tengok pasangan kita bergerak gerak macam sengih ke, gelak ke, better guna SKYPE ! YM pun boleh jugak ! Hehe.. Stylooo !!

Tips Ketiga 
Jangan pernah mengabaikan pasangan anda ! Hehe.. Curi la masa even 3 minit untuk menyampaikan mesej ringkas berbunyik " Miss U " supaya pasangan kita tak rasa kita melupakan dirinya. Nampak ringkas kan? Tapi membawa 1001 makna pada seseorang itu bila ia membabitkan soal hati !


Fesyen bertudung yang kurang sempurna zaman sekarang

Tidak dinafikan banyak fesyen bertudung zaman sekarang ni, fesyen Hana Tajima la, Yuna la, dan yang terbaru fesyen tudung macam Diana Amir pulak. Kadang-kadang ada sesetengah wanita yang bertudung kerana mengikut fesyen. Benarkah? Tapi diharapkan wanita memakai tudung kerana niat ingin bertudung dan bukanlah semata-mata kerana fesyen sahaja. Apa-apa pun meh kita tengok fesyen bertudung yang kurang sempurna zaman sekarang ni.



1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit 
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through' 
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul 
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

5.Tudung 'Singlet' 
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji 
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. 

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)






Khasiat jus carrot

Jus carrot ada banyak khasiat tau. Baik untuk kulit dan juga mata kita.
1. Jus carrot adalah baik untuk kulit.

2. vitamin A adalah penting untuk pertumbuhan tisu dalam badan. Lobak mengandungi vitamin A dalam bentuk beta-karotena. Oleh itu, dengan pengambilan harian jus lobak merah, seseorang tidak perlu mengambil vitamin A tambahan.

3. Vitamin A dalam lobak adalah antioksidan semulajadi yang sangat baik.antioksidan melambatkan proses penuaan dengan cara memerangkap radikal bebas ke atas. Radikal bebas ini menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti ekzema, dermatitis, kedut dan juga ruam. Oleh itu, vitamin A dalam jus lobak merah memainkan peranan penting dalam penjagaan kulit.


4. Salah satu jus yang paling penting untuk kulit, ia melawan sinaran matahari. Lobak mengandungi karotenoid dan berkuasa antioksidan. Karotenoid membantu untuk melindungi, dan keadaan kulit. Antioksidan dalam lobak meningkatkan daya tahan kulit terhadap matahari dan juga membantu dalam penyembuhan selaran matahari. Minum jus lobak merah di musim panas akan bertindak sebagai Sunblock semulajadi.
5. Vitamin C dalam lobak merah membantu dalam pengeluaran kolagen dalam badan. Kolagen ialah protein esensial bagi keanjalan kulit. Kolagen membantu mencegah kedutan dan kunci proses penuaan.
6. Kekurangan kalium boleh membuat kulit anda kering dan juga menyebabkan kekejangan otot, yang boleh dielakkan dengan meminum jus lobak merah yang kaya dengan kalium.
7. Jus lobak merah membantu mengurangkan kecacatan.
8. Minum jus lobak merah dan air yang banyak akan menjaga tubuh anda dan kulit dan kelembapan.
9. Lobak merah digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit kulit. Oleh itu, lobak merah digunakan sebagai bahan utama dalam produk untuk kulit.
10. Ia adalah ubat yang sangat baik alternatif untuk kulit. Minum jus lobak akan menjaga kulit anda licin, lembut dan lembut.


11. Jus lobak juga berguna untuk merawat nada kulit tidak sekata akibat pigmentasi.
12. Jus dari lobak mengandungi minyak pati, yang membantu dalam penghadaman yang betul. Ini membantu dalam menghapuskan dan mencegah jerawat. Oleh itu, jus lobak merah untuk jerawat adalah salah satu penawar semula jadi terbaik jerawat.
13. Satu lagi nama ejekan yang dikenali untuk lobak adalah penawar herba. Jus lobak bermanfaat dalam mencegah dan mengubati parut.
14. Lobak merah mempunyai kesan anti-radang, dan membantu untuk meningkatkan semangat dan nada kulit.

Tips memilih pakaian yang sesuai

Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.

Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.

Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.

Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

Kenali 5 ciri lelaki gay

Entry kali panas dan teramat panas. Tak dinafikan zaman sekarang ni memang banyak benda pelik-pelik dah jadi, contohnya macam gay, lesbian dan banyak lagi la. Tak perlu diceritakan panjang-panjang lagi tentang masalah yang berlaku. Tapi hari ini, cik single nak senaraikan 5 ciri yang boleh anda jadikan panduan untuk mengenali ciri-ciri lelaki yang berkelakuan songsang ni. 
1. seringkali memuji kehenseman lelaki lain.
mungkin ada sesetengah yang menganggap ini normal. Ini bukan normal apabila seseorang lelaki memuji kehenseman lelaki lain dengan nada yang terpesona. Bila mereka memuji nada pujian mereka seperti mereka terpukau dengan paras rupa lelaki tersebut.


2. seringkali menyentuh atau mencuit bahagian sensitif lelaki lain.
Sangat aneh bila ada lelaki yang mempunyai 'habit' yang suka menyentuh atau mencuit bahagian sensitif lelaki lain. Bahagian sensitif yang dimaksudkan ialah dari pinggang hingga ke bawah.


3. sukar untuk memuji dan mengagumi wanita.
Lelaki homoseksual amat sukar untuk memuji kecantikkan seorang wanita. Bagi lelaki normal pasti akan terpikat dengan kejelitaan paras rupa seorang wanita yang cantik, ayu atau comel. So, kalau ada lelaki yang memang takdak respon dengan kejelitaan wanita tu anda perlulah berhati-hati kerana ini adalah salah satu tanda yang mereka mungkin berjiwa songsang.


4. suka memerhati lelaki lain dengan pandangan yang menusuk.
Hal ini terjadi apabila seseorang lelaki memandang lelaki lain dengan lirikan mata yang manja. Senang cerita lelaki gay ni suka tengok lelaki yang dia minati tu tanpa kejit mata langsung.


5. cuba mendapatkan perhatian dimata lelaki yang dia minati. 
Dia akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian lelaki yang dia minati. Contohnya, dia akan sentiasa menolong lelaki yang dia suka tu dengan tolong buat homework, beli hadiah mahal, belanja makan, ajak borak-borak dan macam-macam lagilah.


Aduhai sangat sedih bila dengar ramai lelaki yang terlibat dengan aktiviti songsang ni. Dah la lelaki sekarang ni dah makin berkurang, perempuan pulak ramai. Mungkin sebab tu la yang ramai perempuan yang jadi andartu atau takut nak kahwin. Harap-harap lelaki yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini akan insaf dan bertaubat cepat-cepat la yer.

Suka atau Cinta

      Suka dan cinta membawa maksud yang berbeza, jangan kita pilih seseorang tu atas dasar suka tanpa ada rasa cinta. Korang jangan keliru okeh. Kat bawah ni ada tips macam mana kita nak tahu sama ada kita suka atau kita cinta dekat seseorang tu.
o   Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
o    Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
o   Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
o    Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
o    Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
o   Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
o    Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
o   Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka

Hukum sambut Krismas bagi yang beragama Islam

Umum telah mengetahui bahawa hari ini merupakan Hari Krismas yang dirayakan oleh pengganut agama Kristian.Tapi ada juga segelintir pengganut agama Islam yang turut merayakan hari Krismas. Apakah hukum bagi umat Islam yang menyambut perayaan ini??
Ulama bersepakat dalam PENGHARAMAN meraikannya atau turut serta dalam apa-apa sahaja bentuk sambutan yang berkaitan dengan perayaan orang kafir termasuk perayaan Krismas. Umat islam hanya mempunyai dua perayaan yang besar iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Imam an-Nawawi juga menjelaskan dalam kitabnya Al-Majmu’ akan tegahan daripada bersama-sama dengan orang kafir di dalam majlis mereka kerana perbuatan tersebut memuliakan mereka dan dikira menyamakan kemuliaan orang mukmin dengan orang kafir, maka perkara tersebut adalah tidak harus.

Penyertaan atau menyambut perayaan tersebut merupakan satu daripada tanda kita menyukai dan cinta kepada mereka. Allah S.W.T. berfirman :

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim. (Surah Al-Maidah ayat 51)
Perayaan krismas menunjukkan akan aqidah mereka yang salah serta mensyirikkan Allah, maka tidak harus kita sebagai umat Islam menyertainya.

Tetapi dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa gembira dengan perayaan ini tetapi hanya ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.
Apa yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat Islam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya Islam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan. 

Sebab Allah temukan kita dengan orang yang salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Tips untuk wanita muslimah yang nak cantik



Sebagai seorang muslimah yang bertudung tiada batas atau had untuk seseorang itu bergaya dan mengikut fesyen terkini asalkan korang tahu menjaga aurat. Malahan korang boleh tampil lebih anggun dari wanita-wanita yang lain. Kalau korang ingin tampil anggun pastikan korang...



 Pilih tudung yang bersesuaian

Pilih tudung yang bersesuaian dengan wajah korang. Jika wajah korang bulat jangan memakai tudung daripada material yag lembut contonhnya satin. Ia akan membuatkan muka korang bertambah bulat. Jika korang ingin memakai tudung jenis satin atau tudung yang kainnya lembut  pilihlah anak tudung yang mempunyai awrning keras dihadapan. Korang perlu seimbangkan antara warna pakaian dan juga tudung. Korang tidak perlu takut untuk menggayakan pelbagai jenis model tudung tetapi pastikan korang tahu teknik pemakaian yang betul.

Penjagaan rambut

Rambut adalah mahkota wanita sekaligus merupakan aurat wanita. Untuk pengetahuan korang rambut yang ditutup biasanya mudah berbinyak dan berbau. Tetapi usah bimbang, ada jalan penyelesaiannya. Sebelum memakai tudung pastikan rambut korang telah dikeringkan terlebih dahulu. Cuci rambut korang setiap hari bersama-sama conditioner yang sesuai. Jangan lupa gunakan minyak zaitun kerana minyak zaitun dapat menguatkan akar rambut supaya tidak cepat putus. Bagi yang mempunyai masa dan wang yang lebih jangan lupa memanjakan rambut anda. Buatlah perawatan untuk rambut contohnya rawatan steam. Pasti rambut akan kekal sihat, cantik dan bersinar walaupun bertudung.

 Pakaian yang sesuai

Pilihlah pakaian yang sesuai dengan situasi . Jika korang pergi ke pejabat pilihlah pakaian yang lebih formal. Contohnya sepasang suite krim dipadan dengan kemeja dan tudung warna senada pasti menarik dan korang tampil lebih bergaya setiap hari. 

Jauhi fesyen seperti ini ya kawan-kawan..

 

 

Untuk ibu mengandung

Entry kali ini khas untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Bagi ibu-ibu yang mengandung anda semua boleh la amalkan ayat-ayat berikut. Jadikan surah-surah di bawah sebagai amalan anda setiap hari. Semoga Allah mempermudahkan anda ketika bersalin nanti dan memberikan kesihatan yang baik kepada anda dan bayi anda.

• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
 Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
 Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
 Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
 Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
 Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
 Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
 Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

*cik single bukan lah bakal ibu tapi cik single juga merupakan seorang ibu....ibu saudara kepada
Khalisha Humaira

Tsunami Langit

Subhanallah, lihatlah betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t. 

Kejadian misteri yang berlaku di langit  kawasan Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat pada pada pagi Jumaat 16 Disember 2011 yang lalu. Bentuk awan yang seakan-akan ombak tsunami ini menghairankan ramai pihak tentang bagaimana ia terbentuk.
Penduduk Alabama yang berasa kagum kemudiannya telah mengambil gambar awan terbabit dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca tempatan mereka dengan soalan "Apakah ini tsunami di langit?".

Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah (wap air).





Solat Sunat Istikharah

Entry hari ini cik single nak berkonsi tentang solat istikharah. Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah.
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). 
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah 
Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Doa Solat Istikharah
“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
*Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada semua :)