Apesal

♥ Followers ♥

Kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun dah berani mencuri.

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.




Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Cara tingkatkan penglihatan


Makan makanan yang membantu untuk menerangkan lagi penglihatan anda

Mata kita memerlukan beberapa nutrien yang membantu untuk meningkatkan fungsinya. Antaranya ialah vitamin A,C dan E membantu untuk meningkatkan lagi kadar penglihatan. Antioksida pula boleh membantu makula daripada rosak apabila terkena sinaran matahari. Ejen antioksida ini boleh didapati didalam kandungan sayur-sayuran hijau gelap, kuning telur, labu, ubi, lobak merah dan pelbagai jenis lagi. Makula adalah satu jenis penyakit yang menjadi punca utama kebutaan. Makanan yang kaya sulfur, sistein, dan lesitin seperti bawang putih dan bawang merah membantu melindungi lensa mata anda dari pembentukan katarak. Untuk mengelakkan mata anda daripada dehidarasi, anda dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari.

Lakukan senaman terhadap mata anda

Mata juga merupakan satu organ yang perlu diberikan senaman. Senaman ini amat baik dilakukan ketika waktu pagi, sebelum tidur atau ketika mata anda berasa penat. Pastikan tangan anda bersih sebelum mulakannya. Cuba amalkan setiap hari dan anda akan melihat hasilnya dalam masa satu bulan. Di bawah adalah beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan.
  • Gosok tapak tangan sehingga menghasilkan haba kepanasan, kemudian tekapkan tangan ke mata anda selama 5 saat. Ulangi lagkah ini sebanyak 3 kali.
  • Pusingkan mata anda 360 darjah sebanyak 10 kali mengikut arah jam, kemudian 10 kali lagi mengikut arah lawan jam.
  • Pegang sebatang pensel, fokuskan pandangan anda terhadap hujung mata pensel itu. Pastikan hujung pensel selari dengan mata anda. Kemudian, dengan perlahan-lahan dekatkan lagi pensel sehingga terkena hujung hidung anda. Jarakkan batang pensel kembali ke kedudukan yang asal. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
  • Urut secara membulat di bahagian luar sekeliling mata anda menggunakan ibu jari.
  • Apabila mata anda berasa letih, pejamkan mata anda dan berehat sebentar sekurang-kurangnya 3 minit.
Elakkan daripada faktor luaran yang boleh merosakkan mata anda

Seperti yang anda ketahui, faktor luaran seperti lampu neon, skrin komputer, habuk persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, membaca dalam pencahayaan malap, dan menggosok malar mata mampu menyumbang untuk kerosakan mata. Selain daripada itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak merokok untuk mengehadkan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia boleh meningkatkan tekanan optik. Jangan lupa memakai kacamata hitam untuk melindungi mata anda dari paparan sinar UV.

Dapatkan tidur yang cukup 

Mendapatkan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kesihatan mata anda. Waktu tidur membolehkan mata anda untuk berehat sepenuhnya. Kurang tidur akan melemahkan lagi penglihatan anda. Rehatkan mata anda selepas satu jam anda berkerja, 10 minit untuk setiap 50 minit yang dihabiskan membaca atau di depan komputer. Jika mata anda merasa terlalu letih, baring sebentar  dan pejamkan mata anda.

* ada sumber yang mengatakan senaman mata membantu memperkuatkan daya ingatan:)


Rahsia di sebalik mata kaum wanita

Ini hanyalah hasil kajian secara kasar kepada beberapa individu. Jangan terlalu mempercayai bulat-bulat terhadap kajian ini. Cara terbaik untuk mengenali seorang wanita ialah mendekatinya dan mengambil masa untuk mengenalinya.

Matanya seolah tersembul keluar- Seorang yang bersifat baik, rela, tabah, menyenangkan dan mengikut kata. Tetapi mereka juga berkemungkinan tidak menepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
Mata selalu berkedip- Seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Berkemungkinan juga mereka seorang wanita yang bersifat agak baik.
Mata jarang berkedip- Wanita ini agak istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil dan bertanggungjawab,tidak cerewet, gemar untuk membantu dan berpewatakan yang mampu untuk membahagiakan seseorang.
Matanya seolah tersembul keluar- Seorang yang bersifat baik, rela, tabah, menyenangkan dan mudah untuk  mengikut kata. Tetapi mereka juga  berkemungkinan tidak menepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
Mata cengkung- Kehendaknya sukar untuk dipenuhi, materialistik, kata-katanya manis tetapi bohong, mahu kehidupan yang senang, mudah curang, bila anda susah berkemungkinan anda tidak akan dipedulikan.
Mata kuyu- Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat mengawal emosi, hati tidak tetap, mempunyai banyak kenalan tetapi yang betul-betul berkawan dengannya adalah sedikit, suka mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, dan pemarah.
Saiz mata kecil- Seorang yang peramah tetapi kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Apabila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang – Seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia, memiliki pertimbangan yang baik, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar - Seorang yang kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Mereka juga berkemungkinan seorang yang setia. Nafsu syahwatnya juga agak tinggi.

Mengenali isi hati seorang wanita

Jika entry yang lepas khas untuk kaum hawa, so hari ni entry khas untuk kaum adam la pulak kan. Ini baru namanya adil. Berikut ada sedikit panduan kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ingin mengenali isi hati wanita dengan lebih mendalam.




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,  dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan- lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Jalan-jalan menghabiskan duit

Memandangkan hari ni cuti dan tidak elok jika masa cuti ini dibazirkan dengan aktiviti tidur sepanjang hari ataupun mengadap lappy tanpa henti. So, hari ni cuti aku telah pun diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Tempat: C-mart Arau je pon(=,=")*tu la tempat shopping kami kat sini~sadis betul~

Memandangkan ramai geng aku yang balik, jadi hanya aku dan Wani je yang berkesempatan untuk keluar menghabiskan duit dan masa bersama.

#Jalan jalan cari pasal makan#
disebabkan Wani tersangatlah lapar, so destinasi pertama kami ialah C Kopitiam. Makanan-makanan kat sini boleh tahan sedap la.
Nak tengok tak apa yang kami makan.

nak lagiiii!!


aku punya

Sweet@Sour Chicken Rice: RM7.90
Ice 3 Layer Tea Bandung: RM4.80

Wani punya

Tom Yam Meehon/Mee: RM6.90
Ice 3 Layer Cendol: RM4.80

selepas 15 minit..



akibat kelaparan yang teramat sangat
pinggan gua licin beb!!

#Karok time#
Selepas makan, jom kita karok pulak, time ni la aku nak menunjukkan bakat yang aku pendam selama ni. Betapa powernya suara aku dan Wani sampai ada budak terpegun dengar kami nyanyi. perghhh!




#penat selepas melalak lebih kurang 10 buah lagu#

Selepas penat melalak, shopping time, terlupa pulak nak snap pic time shopping tadi.ngee~

Entry ini dibuat kerana aku ingin mengabadikan detik-detik aku semasa di bumi Perlis, memandangkan tidak lebih dari sebulan lagi aku dan Wani akan meninggalkan Arau.
*ayat sedih, ~memang tengah betui-betui sedih pun ni.huhu.

=> tak dapat nak p panggung wayang tengok breaking dawn sebab kat perlis tak dak panggung wayang~sadis betul~









MALAYSIA vs BAHRAIN

SKUAD Olimpik negara berdepan situasi wajib menang ke atas Bahrain bagi merebut tempat kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia yang seterusnya mampu meniup keyakinan dan peluang untuk mereka mara ke peringkat seterusnya.
Dua kekalahan berturut-turut kepada Jepun dan Syria menyebabkan peluang untuk bergelar juara kumpulan bagi layak secara automatik ke Sukan Olimpik London pada pertengahan tahun depan kelihatan sukar.

Barisan pemain yang rata-ratanya masih keletihan ketika ditewaskan Syria 0-2 malam kelmarin selepas mempertahankan pingat emas Sukan Sea, Isnin lalu pasti kembali cergas menjelang pertemuan penting menentang satu lagi pasukan negara dari Asia Barat itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.
Malah pengendalinya, Ong Kim Swee sudah melaungkan keyakinan untuk membalas kembali kepercayaan penonton dengan bakal memberikan segala-galanya apabila menentang Bahrain selain mengharapkan kembalinya tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail.

Aksi penting terbabit turut diakui pemain sayap kanan negara,
Wan Zack Haikal Wan Nor yang kembali mendapat kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama malam kelmarin selepas tersisih hampir dua bulan akibat kecederaan ketika tewas kepada Jepun, September lalu.
“Perlawanan Ahad ini penting untuk kami meraih tiga mata bagi menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan C selain perlawanan yang boleh dianggap sebagai penebus maruah selepas tewas dua perlawanan,” kata penyerang berusia 20 tahun kelahiran Pahang itu.
Antara tonggak penting yang membantu negara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 itu turut menggesa rakan-rakannya agar tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan walaupun sedar Bahrain turut terdesak untuk mencipta kemenangan selepas tewas pada dua perlawanan awal kepada Syria (1-3) dan Jepun (0-2).

“Pengalaman menentang Syria terutamanya dari segi fizikal lawan mungkin sedikit sebanyak akan membantu kami bagi mengekang mereka,” katanya yang turut berazam untuk meningkatkan lagi permainan terutamanya selepas banyak gerakannya tidak menjadi.


Syria kini mendahului Kumpulan C dengan mengumpul enam mata diikuti Jepun yang dibezakan dengan jaringan manakala Bahrain di tempat ketiga diikuti Malaysia tanpa meraih sebarang mata.

TIKET MALAYSIA VS BAHRAIN 27 NOVEMBER 2011 | KELAYAKAN OLIMPIK 2012 ZON ASIA 

Penjualan tiket bagi Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia, Malaysia vs Bahrain pada 27 November 2011 ini akan mula dijual pada hari Sabtu 26 November 2011. Berikut merupakan kenyataan penuh berkenaan penjualan tiket berkenaan.


Grandstand : RM 40
Terbuka : RM 20
Kanak-kanak bawah umur 12 tahun : RM 5
Tempat Penjualan : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tarikh : Sabtu,26 Nov 2011
Masa : 10 pagi dan keatas.
JOM KE SANA!!







Cara Lelaki Menguji Seorang Wanita

Entry hari ini khas untuk kaum hawa yang berada di luar sana, mari kita bongkar rahsia bagaimana cara seorang lelaki menguji kekasihnya atau rakan perempuannya. 



1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murahReaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan yang murahReaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di hadapan kamuReaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman lelakiReaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancongReaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamuReaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Bagi yang dah ada kekasih tu ce check balik sama ada kekasih korang ada tak yang uji korang macam kat atas tu.:)


Benarkah lelaki sukar difahami?

Kadang-kadang lelaki ni memang sukar difahami, memang tak faham la dengan perangai lelaki ni. Kalau yang tengah membaca blog ni lelaki jangan la marah ye, apa-apa pun ini buktinya lelaki memang lebih rumit daripada wanita! erkk setuju tak?





1. jika kita melayannya dengan baik, dia fikir kita jatuh cinta dengannya. jika tidak, kita dianggapnya sombong.
2. jika kita berpakaian cantik,  dia fikir kita sedang cuba untuk menggodanya pula. jika tidak dikatanya kita kekampungan.
3. jika kita berdebat dengannya, dia kata kita keras kepala. jika kita berdiam diri, dia kata IQ kita tak tinggi.
4. jika kita lebih pintar darinya, dia akan jatuh air muka. jika dia yang lebih pintar, dibilangnya hebat.
5. jika kita tidak cintakannya, dia akan cuba mendapatkan kita bermati-matian. jika kita mencintainya, dia akan cuba untuk tinggalkan kita.
6. jika kita untuk berkongsi masalah kita dengannya, dikatanya kita menyusahkan. jika tak, dia akan tuduh kita tak percaya padanya.
7. jika kita cerewet sedikit, dia akan kata kita macam pengasuh. jika dia yang cerewet, dikatanya ambil berat.
8. jika kita mungkir janji, dia kata kita tak boleh dipercayai. jika dia pula, terpaksa la kononnya.
9. jika kita menyakitinya, dia kata kita kejam. jika dia menyakiti kita pula, dia kata kita terlalu sensitif dan sukar untuk dijaga hati. 
10. jika kita mengirimkan perkara ini kepada lelaki-lelaki diluar sana, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.

Diserang sakit jantung ketika tonton final bola sepak

Ahmad Fauzi (belakang)

Seorang peminat bola sepak yang berasal dari Yan, Kedah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dia dan rakan-rakan menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang cukup dramatik antara Malaysia dan Indonesia di sebuah restoran di sini malam kelmarin.
Ahmad Fauzi Ismail, 42, pengsan di restoran Pak Mid di pekan Guar Chempedak di sini kira-kira pukul 10.50 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.
Dia disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital tersebut.
Seorang saksi kejadian yang merupakan pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, memberitahu, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai dan ketika kejadian dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak.
“Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan menyuap makanan masuk ke mulutnya dengan perlahan sebelum dia rebah di atas kerusi,” katanya.
Ahmad Fauzi dikatakan tidak mahu pergi ke hospital selagi perlawanan bola sepak tidak tamat. Malangnya beliau tidak sempat ke hospital apabila diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu.
Ahmad Fauzi yang juga anak bongsu daripada empat beradik tiada masalah jantung dan hanya menghidap kencing manis. Arwah belum berkahwin dan bekerja sebagai juruelektrik sambilan tinggal bersendirian di rumah selepas kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. 

Keputusan Temuduga SPA

Keputusan temuduga..


Aku dapat dua pilihan sama ada nak pilih jururawat ataupun penolong pembantu perubatan masa temuduga dulu tapi aku pilih latihan jururawat. Bila keputusan keluar aku dapat latihan jururawat. Sekarang ni memang aku dalam dilema jugak la sama ada nak pergi SPA atau pun stay kat UiTM Perlis. Rasa sayang jugak la nak tinggalkan UiTM sebab sekarang ni aku dah sem 2 dah pun. Tapi bila aku fikir balik ok jugak kalau aku pergi SPA sebab sekurang-kurangnya aku tak payah nak study pasal Calculus, Fizik, BEL. 3 subjek tu memang aku geli sikit nak blajor, tambah-tambah yang berkaitan dengan kira-kira macam calculus tu. Almaklum laa, orang otak bio bukannya otak math. uhuk.uhuk.:p
Aku tak minat sangat pun jururawat ni tapi sebab kerja dengan kerajaan pastu ada elaun lagi, rasa rugi la kan kalau tak pergi.

#mungkin aku dilahirkan untuk merawat orang sebab sejak dari bangku sekolah lagi aku dah merawat orang (Persatuan Bulan Sabit Merah)#


Emas milik Malaysia!

Panas! penuh kontroversi!!
Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menggulangi kejayaan dua tahun lalu.
Emas kini secara rasminya kembali menjadi milik Malaysia.
TAHNIAH SEKALI LAGI
kepada pemain-pemain Malaysia.


Aksi Khairul Fahmi atau Apek berjaya menyelamatkan penalti seterusnya 
membawa Malaysia menjadi Juara Sukan SEA di Indonesia.


Wajah kegembiraan jelas terpancar di setiap muka pemain-pemain Malaysia
setelah memenangi perlawanan dengan keputusan 4-3 menerusi sepakan penalti.


#Kami sebagai peminat bola sepak tanah air tidak jemu-jemu mendoakan kejayaan pemain-pemain Malaysia.

sebahagian peminat fanatik bola sepak yang sedang menonton perlawanan antara Malaysia dan Indonesia di lobi Kolej Dahlia 2 UiTM Arau.
kat atas tu wajah peminat fanatik bola sepak tanah air yang tak henti-henti menjerit
MALAYSIA BOLEH!
GO MALAYSIA!
Malaysia boleh menang punya!
dan ada juga yang puji kehenseman dan kehebatan pemain-pemain Malaysia.
normal la tu kan..:)