Apesal

♥ Followers ♥

Hari ke-4 untuk Minggu Destini Siswa

Hai  semua~
<disaat roomate aku tgh tdo,aku memulakan kerja penulisan aku ni.>


hari ni hari ke-4 aku jalani mds,
tiada perkataan lain yg dpt aku ucap kecuali


PENAT!!


bekalan 5 botol mineral water buat
aku fikir aku xkan ada masalah tentang sakit tekak dh.
(kwn aku ckp ramai yg skit tekak sbb mnum air water cooler)
tiba2 hari nie,
tekak aku mula terasa sakit
dan ada la rasa nk deman+selesema cket.

jadi aku p la mintak ubt sakit tekak+selesema dkt
kakak2 medic yg cumil2 tu.


utk pengetahuan semua rmai la jgk kwn2 sekolah lama aku yg 
sambung study kat sini.
nampaknya boleh adakan pertemuan semula la ngn 
depa smua tu.
hmm la dh xjmpa,,
masing2 muka dh berubah,,
makin cantik,
makin putihhh,
aku plak??
dri xberspect ke berspect..
ok la tu..
berubah la jgk cket kn..


esok akan ada majlis perasmian bg pelajar baru
dgn itu maka secara rasminya aku tlah jd 
student dkt uitm.
so apa perlu bt sekarang ni,,??

.....................

kena tido laaa
esok kna bgn awal,,pukul 6 pagi msti kna berbaris di lobi kolej.

Persediaan Untuk Sambung Belajar

Assalamualaikum & salam sejahtera
semua,

keterujaan untuk sambung belajar di UiTM Arau
melanda diri.
hati aku bertambah gumbira dan berbunga 
apabila kwn2 aku pn nk follow aku ke uitm.
semua kwn yg nk follow aku tu girls..
emm boys xde ke yg nk turut serta berjuang di 
UiTM Arau??
emm kalau xde pn xpe,,
aku xkisah langsung,xde lg bagus.=P
rasa excited utk menyenaraikan barang2 yg aku nk bwk ke uitm nanti.
walaupun borang dan surat tawaran tu aku masih belum print lg.
rilek lar,kita bt slow2..okeh!


tanpa berhujah panjang mari aku senaraikan 
barang2 yang bakal aku bawak:


barang utk kebersihan diri:
  • berus gigi
  • ubat gigi
  • syampoo
  • sabun badan
  • pencuci muka
  • pencukur
  • kain batik (utk dipakai ketika mandi) naked is so dangerous!
  • selipar mandi
  • tuala
  • gayung                                       


barang untk kekemasan diri:
  • bedak
  • sikat
  • penyepit rambut
  • getah rambut
  • cermin
  • perfume
  • blusher
  • eyeliner
  • eyeshadow
  • gincu



barang utk membasuh baju:
  • baldi
  • penyangkut baju
  • penyepit baju
  • berus baju
  • sabun baju
  • hanger khas utk inner(xperlu pn xpa)



barang utk facial:
  • minyak angin
  • panadol
  • deodoran
  • bedak badan
  • losyen
  • penyepit kuku



barang utk tidur:
  • cadar
  • bantal
  • selimut
  • sarung bantal
  • teddy bear xperlu kot,dh besaq dh



barang utk solat:
  • telekung
  • sejadah
  • surah yassin
  • al-Quran nk bwk pn xpa.


 kalau nk bt stok makanan pn boleh jgk,
tp aku ni bukan jenis yg kuat makan sgt pn.
so,xperlu kot bt stok makanan.
juz bawak barang2 yg penting je
dan duit yg mencukupi
utk beli barang keperluan utk belajar
seperti buku2 dan alat tulis.

*selamat menempuhi alam sebagai pelajar universiti*

Fikir,fikirlah

 Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam  1Malaysia~

Okeh,kalau sebelum ni aku dan rakan2 sekalian dok pening lalat lg tentang nk pilih matrik@ipt.
haa,sekarang dh tak..bila dh bca ni baru aku rasa lega n puas hati dengan pilihan aku ni.pepatah yg aku guna "biar lambat asal selamat" memang sesuai sgt.diploma sains di UiTM Arau, cuma kna sabar la cket sbb bljar 3tahun.


Actually, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah 'nasib'. Kalau usaha plus nasib plus minat plus rezeki kita tu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak ah.
Secara simplenya, Pra-Universiti = Tahmidi = Asasi = Foundation = Matrikulasi = Form 6. Most of them adalah A level yang kita mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan. So, macam mana nak bezakan antara mereka semua? Senang je:

MATRIX
1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

ASASI/FOUNDATION
1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

DIPLOMA
1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

TAHMIDI (USIM shj)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

FORM6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

SIJIL
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.


selepas baca ni,,apa pilihan korang??masing2 ada pilihan masing2,tiada paksaan,pilih la yg mna korang rsa terbaik utk diri korang.,apa2 yg kita pilih pun xkisah la,,usaha kita tu yg penting,dekat semua tempat kena usaha utk berjaya,kita ja yg kna pilih sama ada nk cara cepat @ cara lambat.kalau kita jenis yg cepat tangkap boleh la p matrik,kalau jenis slow mcm aku ni,better ambk uitm la.kalau org yg slow p matrik,memang risiko!pointr rendah time semester 1,semester 2 mybe kna tendang.pastu bila pointr rendah,even 3.5 pn dh dpt kos lelong.nk ke??aku tak sanggup.korang mcm mna.,,
apa2 pn kita bt la keputusan yg kita rasa sesuai dgn diri kita,
jangan pulak kita ikut rakan..
yg tu xbgus..

ok setakat itu dulu utk dikongsi bersama~
adios~

Matrik vs UiTM=yang mana satu jadi pilihan

Matrikulasi vs UiTM

nak pilih yang mana satu nie??
pening2..




aduh.
tapi aku nak ikut kata hati aku.
pilih Matrikulasi 1 tahun
lepas tu buat degree.
lagipun lebih 50 orang member aku yang dapat situ.
so,ok la kan..=)
kalau aku p diploma,pun ok jugak tapi
course sains,
lebih kurang sama ja la dengan matrik.
baik aku pilih matrik ja,cepat sikit.
nampaknya 23 Mei ni kena la aku bersiap sedia untuk sambung belajar.
tapi barang-barang untuk p sana tak prepare lagi pun.

alahai,nampaknya
lebih kurang 2 minggu saja lagi aku nak dok umah.
hwaaaaaaaa,sedih=(




kenapa la aku tak dapat asasi,huhu
nak asasi..!
kalau dapat asasi gerenti aku p,
mimpi je lah sekarang..

apa2 pun hidup mesti diteruskan!

................KMK jadi sandaran~

Memori de la Rimba Taqwa 2011

mengimbau kenangan semasa berada di Kem Rimba Taqwa
selama dua bulan sepuluh hari.Kumpulan 1
merupakan kumpulan yang bertuah sebab tak kena
                                   duduk di kem tu tak sampai tiga bulan pun.pastu elaun dapat 
                                   sama dengan depa yang pi sana tiga bulan.~ngee




juara kompeni Charlie,
sayang korang semua.
eh,eh!ada sorang la yang tak pakai baju kuning
ala-ala geng Digi.
tak ada semangat pasukan langsung,huhu
sapa la dia tu kan??


sempat posing di depan bas
sebelum bertolak ke masjid namek
untuk program khidmat masyarakat.


semasa berada di dewan kampung untuk program khidmat masyarakat.
best aku dapat dok dengan kumpulan ni,keja tak banyak,
makan ngan main ja yang banyak
so hepi,hehe
tok ketua kampung pun sporting,
wahh bez giler,time KJ rakam video
baru la nak buat keja.
ish3 hipokrit la korang dan termasuklah aku skali=p


ni time program khidmat komuniti dekat kubu kuala kedah..
bez sangat2 sebab dapat tengok laut..
meriam yang aku duduk ni meriam betol taw bukan meriam buatan.
istimewanya meriam ni,walaupun kena panas terik matahari
meriam ni tak panas pun bila kita sentuh.


yang ni sikap yang tak bagus..
KJ cakap kat depan,aku pun nak cakap jugak
nasib la dia tak nampak kalau tidak
kompem kena buat PT10
arghh tak nakkk!



aku dan najla masa di Pusat Sains,
kat sini best la jugak
tapi yang sedihnya tak sempat nak main semua benda kat
dalam tu and tak dapat nak naik basikal terbang.
walaupun aku seorang yang gayat..
kempunannnnn..




berada di pintu gerbang kraf hutan.
kat sini la aku dapat tengok segala macacm jenis
perangkap,cara nak masak nasik dalam buluh,basuh guna pasir.
erkkk.serius tak lalu nak makan
tapi apa boleh buat,dah lapaq kena la makan jugak dalam bekas yang
kita basuh guna pasir tu.
wira,wirawati saina yang terpilih untuk berada di Kem PLKN hutan Rimba Taqwa.
masing-masing control ayu,macho.hakhak
wira yang di tengah tu ajk surau,yang sebelah kanan sekali tu ketua kompeni
bravo,yang kiri sekali prebet lapok.~ngee



malam akrab,malam terakhir aku berada di kem.
malam ni jugak aku dapat cabutan bertuah dan 
makan sepuas-puas hati aku.
tapi selera aku terstop aapabila mendapat mesej daripada
peminat misteri.tau tak dia hantar mesej kata comey dia tengok aku makan.
buta ka apa,aku punya la lahap makan sampai tak tengok persembahan yang ada,dia
kata comey.hihi..
btw, thanx la untuk pujian tu yer..
i like it=)




setelah 2 bulan 10 hari duduk di kem,akhirnya aku berjaya
menamatkan latihan dan memperoleh sijil.
begitu pantas masa berlalu
kenangan semasa berada di sana tak mungkin
aku akan dapat di tempat lain.


cukup la sampai situ dulu aku cerita tentang kenangan aku.
kalau citer semua gerenti esok pun belum tentu habis.



............................................tata

Think,Think and Think

When we ask about singers or
actors
They can answer correctly
but when we ask about our Prophet
what will they say?
I forgot about it or
I don't study yet
Oh,how stupid they are..
Have we though?
who will help us
At there
In front of our God
singers or actors
No,they can't help us
what we done we will get it
But our Prophet
He will do anything
to help us
So,now we think















Who we are
And why we are here
Before it is too late.

Dilema Matrik,Asasi atau Diploma

Aduh pening,pening..
nak pilih yang mana satu ni,
hari ni dah 1 Mei..
keputusan untuk upu  6 Mei ni kalau tak silap.
tarikh untuk g matrik 23 Mei ni..
hati aku lebih memihak kepada matrik
tapi aku takut la
sebab kalau pointer tak jaga
we are risky to get kicked out
tak silap aku pointer 2.00 ke bawah la akan kena tendang.


bertambah pening dengan lesen pun tak dapat lagi,
tu la sapa suruh daftar lambat sangat,padan muka..
sekarang baru nak kalut..

berbalik kepada perkara tadi..
23 Mei ni insyaAllah mungkin aku akan berhijrah ke
Kolej Matrikulasi Kedah..
bila pi sana tak la takut sangat sebab
budak saina ramai giler kat sana
so,nanti aku tak la cuak sangat nak cari kawan baru.=)


KMK wait for me naaa....




walaupun hati masih terasa takut untuk pergi ke tempat tu
tapi belum cuba belum tau kan kemampuan kita setakat mana..
aku ada la jugak survey blog students yang belajar di KMK.
ada yang bagi komen positif dan ada yang bagi totally negatif dan menakutkan.
antaranya yang aku baca tu dekat KMK ni peraturan ketat nak mampus.
adehh.. tak suka,tak suka!!

rules is made to be brokennn...
every time akan ada quiz
and every week kena buat lab report.
seyezly aku tersangat-sangatla malas untuk buat semua tu.
masa zaman sekolah dulu pun aku juz buat cincai-cincai je lab report aku.
btw,sapa yang tak score quiz tu lingkup la markah untuk final exam
grrrr...takut!
pastu orang ada cakap time kuliah lecture akan cakap macam bas express
very,very fast and furious..
harap-harap apa yang telah aku praktikkan time di saina dulu dapat la aku gunakan
sepenuhnya time di matrik nanti.
btw,time kat saina pun cikgu ajaq agak cepat la jugak tapi aku still bole
catch up cikit-cikit walaupun tak banyak..hehe



hopefully,aku boleh la berubah bila belajar kat matrik nanti.
no more lazy,no more oversleep macam dekat saina dulu
orang lain tengah busy study yang aku ni
pantang ja orang annouce light off,mata aku pun nak light off sekali la jawabnya.
pastu result SPM tak dapat straight A's nak nyesal la pulak,
jeles dekat member yang dapat straight A.=(
tapi aku tetap bersyukur dengan keputusan yang aku dapat tu,.

my counselor said,"ok la tu,good result"
aku hepi la sebab result aku semua kredit,hohoho



tangan pun dah terasa kejang akibat menaip yang terlalu lama,
otak pun dah kering idea untuk terus mencurahkan ayat,
-macam buat karangan SPM la pulak.hahaha
so better aku stop sampai sini dulu,.

hv a nice day all,
wasalam,