Apesal

♥ Followers ♥

Rahsia Tubuh Badan Kita

Asyik nak menguap,siku ngilu,kepala terasa pening ketika menikmati ais krim dan mata tertutup ketika bersin.Setiap perkara yang terjadi ini ada penjelasannya.




Mari baca di bawah ini...




Siku terasa ngilu:

Saat siku kita terlanggar benda keras.uhh..rasa ngilu semacam ja.Jadi tidak hairan kalau tulang siku kita selalu disebut funny bone.ternyata di dalam lapisan kulit siku kita itu terdapat satu saraf ulna
yang kedudukannya agak terlindung seperti saraf lain di dalam tubuh kita.
setiap daripada saraf itu mengeluarkan satu aliran jika tersentuh antara satu sama lain.begitu juga dengan
saraf ulna di bahagian siku yang setiap kali tersentuh itu bakal menimbulkan rasa ngilu hingga ke jari manis dan kelinking disebabkan kedudukannya strategik di bawah kulit.



asyik nak menguap:

gara-gara melihat orang yang duduk di depan kita menguap,kita turut terikut untuk menguap sama.
menguap adalah tindakan yang semula jadi dan berdasarkan naluri atau pun instinct.
rasa mengantuk memang tidak menular,sebaliknya rasa ingin menguap
itu yang menjadi-jadi.buktinya kalau dalam satu kumpulan ada diantara mereka yang menguap,
sekitar lima minit kemudian pasti yang lain akan terikut-ikut untuk menguap juga,ini adalah 
normal dan menguap juga sama menularnya seperti ketawa.
So,bila orang tengah menguap jangan tengok ya..
bersin sambil membongkok:

sekuat mana pun kita bersin,tidak mungkin mata kita akan tercabut keluar.
mata kita terus tertutup kerana tindak balas,sama jugalah halnya dengan reaksi kita 
yang langsung terus menarik tangan ketika sentuh pipi.
refleksi ini sangat kuat sangat,sehingga kita mesti berusaha bersungguh-sungguh
jika ingin bersin sambil membuka mata.




pening gara-gara makan ais krim:

bila makan ais krim secara tiba-tiba otak kita terus jadi beku,padahal
sebenarnya tidak.
rasa sakit yang muncul di kepala kita gara-gara kita makan atau minum 
sesuatu yang sangat sejuk ini berlokasi di otak bahagian depan
dan paling lama berlangsung sekitar satu minit.
penyebabnya kerana otak kita mengambil alih rasa sakit yang semestinya dideritai oleh
mulut kita yang terpaksa menahan rasa sejuk itu.




makanan menjadi hambar:

rasa masam masin manis atau apa pun yang kita rasa ketika menikmati sesuatu,sebenarnya
bukan semata-mata,tapi juga ada bau.
jadi,pada saat kita makan,bukan hanya lidah yang berkerja,tapi juga hidung.
jadi,tidak hairan kalau kita selsema atau hidung tersumbat oleh lendir,kita cuma boleh
merasa dengan lidah sahaja.sedangkan lidah kita cuma boleh membezakan 4 hingga 5 macam rasa 
sementara hidung boleh membezakan sampai 10000 macam bau.



Tips Elak Lemak di Perut

Ramai gadis di luar sana yang risau dengan masalah lemak yang berlebihan di anggota badan terutamanya
di kawasan perut,lengan,pinggul dan paha.








sebab mak aku selalu nak perut yang kempis.hakhak.dia jeles tengok iklan pompuan
yang menari dalam iklan susu anlene tu.Tapi aku rasa perut mak aku dh cukup kempis dah.


Ini dia tips untuk sesiapa yang nak kempis kan perut.
Tips ini sesuai untuk semua kecuali ibu yang mengandung.



pertama:
makan empat jenis makanan dengan jumlah keseluruhan 400 kalori setiap hari.


kedua:
jangan biarkan perut kosong tanpa makanan melebihi 4 jam


ketiga:
masukkan makanan dengan lemak monosaturated ke dalam menu makanan sehari-hari seperti avokado,
marjerin,minyak kacang tanah,dan minyak zaitun.


keempat:
jauhi stress.ketika kita stress tubuh kita menghasilkan hormon yang disebut kortisol yang kemudiannya berubah menjadi lemak perut.


kelima:
cari rakan yang mempunyai misi yang sama kerana anda akan lebih bersemangat untuk melaksanakan misi anda jika anda mempunyai misi yang sama.



keenam:
catat apa saja dan beberapa makanan yang anda makan setiap hari.



diharap selepas mengamalkan tips di atas perut kita akan kembali langsing.Perlu diingatkan semua ini akan mengambil masa yang lama untuk mendapat perut yang diidam-idamkan,jadi bersabarlah.


Tips Untuk Pelatih PLKN dan Cerita seorang Wirawati

Tahniah aku ucapkan kepada sesiapa di luar sana yang telah terpilih untuk mengikuti PLKN,tapi bagi yang tak suka tu mybe kena ucap takziah kot.ngee~.
Aku tau ramai orang yang tak suka program ni tapi terpaksa pi jugak sebab kerajaan suruh pastu kalau tak p kena denda.So,mau tak mau kena la pi jugak kan.Aku ni pun salah seorang bekas pelatih khidmat negara jugak.(wirawati 406 lapor)cewahhh..teringat la pulak kenangan kat kem dulu.Masa awai-awai dapat tau aku dapat tu memang terkejut jugak la(ketaq satu badan)bila kawan aku bagitau yang aku dapat PLKN.


Pada 3 Januari 2011,tarikh keramat aku p lapor diri dekat Stadium Darul Aman.punya la ramai manusia kat situ sampai nak cari tempat daftar pun pening pala.Cari tempat daftar sampai belakang nun tapi alih-alih meja pendaftaran dok depan ja pun.Bila dah dapat cari tempat duduk dalam bas dan jumpa kawan dah tunggu bas nak gerak ja la.Puas kami semua tunggu dalam bas,pelik la jugak sebab semua bas dah bertolak dah kecuali bas aku ja.Why?why?ha ni disebabkan oleh seorang budak yang tak naik bas lagi.Hilang pi mana tak tau la.Puas jurulatih call parent dia 2,3 kali.Parent dia cakap dia dh naik bas dah.tapi dalam bas tak da pun.rupa-rupanya dia silap naik bas Seri Kandi.Kami semua yang ada dalam bas tu hangaaaat la dengan budak tu.dah la dok dalam bas tu berjam.


Perjalanan kami agak jauh la jugak sebab kem tu dok kat pedalaman.Nasihat aku untuk sapa yang dapat PLKN janganla bawak beg besaq-besaq sangat.Bukan apa takut nanti kena perli dengan jurulatih kat kem.(macam aku kena)
Jurulatih1 : hai bawak beg besaq sangat ni nak pi buat umrah ka??
Jurulatih2 : bawak beg besaq ni nak pi mana?nak kawin ka..
Malu kot..tapi ada ja orang yang bawak beg lagi besar pada aku(kenapa aku yang harus kena,tak adil!=,=)

Nak pi sana tak payah bawak banyak barang pun(jangan jadi macam aku)sebab kat sana ada jual semua barang keperluan kita(depend kepada kem tu la)dekat tempat aku ada kedai ala-ala minimart la yang jual semua benda.Bagi sesiapa yang malas nak bawak baldi jangan risau sebab boleh beli dekat minimart tu tapi bagi yang nak save bajet bawak la baldi sendiri(aku pinjam yang kawan-kawan ja).(kunci locker,sabun mandi,sabun basuh baju,penyangkut baju,t-shirt,downy pun ada jual).Bagi yang tak kenyang makan supper pi ja beli kat kedai yang dekat pondok pengawal,macam-macam ada(nuget,hot dog,burger,oblong,kopok lekor,nasi,air ais dll)syurga makanan giler kat kem aku tu.Nasib bek berat badan aku maintain walaupun aku dah makan banyak yang amat kat kem dulu.Mau tak makan banyak sehari 6 kali aku pi dewan makan untuk menjamu selera dengan rakan-rakan seperjuangan.


Dekat kem aku dulu tu selalu la jugak kena pakai baju kurung so korang bawak la baju kurung dalam 3 pasang atau lebih.bukan apa,takut tak sempat basuh ja nanti,better bawak lebih dari sepasang kan..
Baju untuk pakai harian tu bawaksikit pun tak pa sebab kita nak pakai time cuti dengan time nak tidur ja.time lain semua kena pakai baju yang depa bagi.Tapi time cuti bila nak pi makan kat dewan makan pun kena pakai baju yang depa bagi jugak.jangan terkejut.

Bila dok kat kem jugak kita tak kan ada masa untuk tidur yang secukupnya dan nak basuh baju pun kadang-kadang tak da masa.So pandai-pandai la korang curi masa untuk basuh baju.Selalunya orang akan basuh baju waktu malam sebab siang hari terlampau padat dengan aktiviti.
Bagi pelatih yang malas tu,tunggu hujung minggu la nak basuh baju.Faham..,faham.,

Antara barang larangan yang dilarang sama sekali untuk korang bawak ialah ubat-ubatan,kamera digital,rokok,pisau,lighter dan gunting.Henset kalau sapa yang nak bawak tu boleh tapi kena bagi dekat jurulatih simpan la,hujung minggu baru boleh dapat henset tu.Kena sabar la sikit.

Selain itu,korang janganlah lupa untuk buat preparation untuk disoal siasat tentang bab agama.Kat kem aku dulu pelatih yang beragama Islam akan ditanya secara indivivu tentang hal keagamaan.Sebelum nak pi tu aku sarankan better korang siapkan diri dengan ilmu agama dulu.Antara soalan yang ustaz dan ustazah tanya ialah tentang Rukun Iman,Rukun Islam,Rukun Solat,dan niat mandi wajib.Huh,nasib baik la aku boleh jawab.Bagi yang dah hilang ingatan tentang perkara ni,atau ingat-ingat lupa aku nak pesan ingat-ingatkanlah.Takut nanti kena tanya pastu tak boleh jawab malu ja kita sebagai orang Islam.

Semoga anda yang terpilih untuk PLKN ni akan tabah mengharungi hari demi hari di kem dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Kalau anda ingkar arahan Jurulatih maka NKB la anda.tau apa itu NKB maksudnya nasib kurang baik da..

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita tapi kalau cerita bnyak sangat nanti jadi boring la pulak kan,so better aku berhenti cerita sampai sini.
Take care and have a nice day all.('',)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
    wirawati 406 dorm C12 kompeni Charlie,kawad terbaik dan juara keseluruhan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mayat Lelaki yang Tidak Reput

Kisah ini adalah kisah benar,jadikan ia sebagai satu pengajaran buat kita semua..

Aku berminat untuk berkongsi cerita mengenai satu kisah benar yang aku telah baca dalam sebuah buku milik aku.

Mungkin sebahagian daripada anda telah mengetahui cerita ini tapi bagi yang masih belum tahu mengenai cerita ini,silalah baca mengenai cerita ini di  bawah.Aku harap cerita ini sedikit sebanyak dapat menginsafkan kita.

Kisah ini mengenai mayat seorang lelaki yang terkenal dengan nama Haji Mohsin yang berasal dari Pulau Pinang.
Beliau meninggal dunia akibat daripada serangan strok pada tahun 1987 dan merupakan bekas pegawai JAKIM.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak perempuan yang masih kecil.Kesemua anak beliau telah berjaya menjadi doktor,ahli farmasi lulusan Universiti Al-Azhar.Isterinya pula tidak sekadar suri rumah malah aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Mengenai Haji Mohsin ni,beliau dikatakan meninggal dunia dalam lingkungan umur 40-an dan beliau merupakan seorang yang sangat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.Mayat beliau didapati tidak reput ketika kubur bersebelahannya digali untuk mengkebumikan seorang mayat yang baru meninggal.
Ketika itu ramai yang menghantar mayat ke kubur berpeluang melihat mayat yang walaupun hanya nampak separuh badan dan separuh lagi ditimbus tanah,tapi mayatnya itu macam baru ditanam dengan daging dan otot-otot tangan dan kakinya masih segar lagi.

Disebabkan malam sebelum itu hujan lebat jadi kain kapan mayat basah dan melekat pada badan,sebab itu jelas kelihatan bentuk tubuh badannya.Kain kapannya pun tidak reput walaupun mayatnya sudah lama dikebumikan.Kain kapannya hanya kotor kerana kesan dari tanah yang sedang dikorek dan kain bantal yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi.

Demikianlah janji Allah tetap benar.Allah akan menjaga hamba-hambanya yang bersabar,beriman,bertaqwa serta beramal soleh hinggalah kepada mayatnya di dalam kubur.Terdapat juga keterangan bahawa diantara mayat-mayat orang soleh yang Allah pelihara dan tidak reput ialah mayat para nabi dan rasul,para waliyullah dan para penghafaz al-Quran.

miley cyrus-let's dance(video dan lirik)


Lyrics | Miley Cyrus lyrics - Let's Dance lyrics

Nota Remaja

Bukan Semua Boleh dijadikan Teman.


Nabi s.a.w bersabda,maksudnya :
"Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah s.w.t,
maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga yang tidak didapatnya
dengan sesuatu amalannya."



Makna persaudaraan kerana Allah s.w.t dan perbezaannya dengan persaudaraan kerana keduniaan

Manusia itu mencintai orang lain,mungkin kerana dirinya yang bagus dan disukai
atau kerana dia menjadi alat kepada tujuan di luar dirinya dan tujuan itu berkaitan
dengan duniawi.Atau merupakan alat untuk mendapat bahagian di akhirat
atau kerana Allah dan demi Allah, tidak mendapat dunia mahupun akhirat, 
tetapi kerana dia termasuk hamba Allah.
Maka siapa menyukai sesuatu dia pun mencintai orang yang menyukainya, 
inilah persaudaraan kerana Allah.

Dikatakan seorang penyair dari Bani Amir:aku melewati rumah Laila.aku mencium dinding ini
dan ini bukanlah hatiku bergejolak kerana mencintai rumah itu tetapi
kerana mencintai orang yang tinggal di dalam rumah.
Sebagaimana cinta itu harus kerana Allah.
Maka sesiapa mencintai seseorang manusia kerana dia kekasih dari kekasihnya dan taat kepadanya
haruslah dia membenci musuhnya kerana dia menderhakainya.



Memilih Teman-bukan semua orang patut dijadikan teman


Amirul mukminin Ali r.a berkata: Janganlah bertemen dengan orang bodoh.
Awaslah kamu terhadapnya.Betapa banyak orang bodoh yang membinasakan orang bijak
ketika bertemu dengannya.
Manusia itu diukur dengan manusia lainnya bila manusia bergaul dengannya.
Sesuatu itu terhadapsesuatu lainnya mempunyai ukuran dan kesamaran.
dan hati menjadi petunjuk ketika bertemu dengannyaBetapa tidak,
orang yang dungu akan merugikanmu sedang ia ingin memberimu manfaat.
Seorang penyair berkata:aku merasa aman dari musuhku
yang berakal dan takut teman yang tertimpa kegilaan.
oleh kerana itu,dikatakan bahawa memutus hubungan dengan orang dungu
adalah pendekatan kepada Allah.Begitu pula dengan orang fasik,
tidak ada faedahnya bila berteman dengannya,
kerana siapa yang takut Allah,dia pun tidak terus menerus
melakukan dosa besar, dan siapa yang tidak takut Allah maka dia pun
akan terus menerus menggangu orang lain.

Allah s.w.t berfirman, maksudnya:
"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari
mengingati Kami serta menurut hawa nafsunya." (QS. Al Kahfi:28)



Gadis Single SUPER BAHAGIA

 Salam untuk semua,hari ni mood aku adalah untuk bercerita tentang Aku Masih Single dan apa yang ada dalam pemikiran aku ni.



Kau SINGLE?Aku single..Ya!katakan terus tanpa ragu-ragu,nak malu buat apa.takut orang kata kau ni tak laku,tak da maknanya.lantak la mulut orang nak kata apa-apa pun,ada aku kisah.bukannya aku tak nak untuk ber-inrelationship ni tapi aku ni malas la sebab tak ada calon yang sesuai,hehe.yang aku jumpa semua yang hampeh.=P
lagi satu buat masa sekarang ni aku tak suka terikat dengan mana-mana lelaki,aku rasa bila aku 'single' aku bebas buat apa saja,tak payah nak cemburu,sakit hati tak payah kena kongkong.
apa yang aku tengok la ni bila orang yang kapel ni hanset sentiasa dok kat tangan pastu mesej pagi petang siang malam,tak kira waktu.nasib bek la aku tak macam tu sebab aku ni malas sikit bab nak bermesej dengan orang,lagi satu jimat kredit.hehe
kadang-kadang tu timbul la jugak sikit perasaan cemburu aku dekat pasangan yang hangat berkapel ni.maunya tak cemburu ramai kawan baik aku dari yang cun sampai la yang besa-besa dah ada kekasih hati.kadang-kadang aku selalu gak la kena soal siasat dengan member aku.
member : weh,sekarang ang dengan sapa?
aku : aku single lagi la wei.
member : tak payah dok bohong la,aku tak caya.
aku : betoi la,nak tipu buat apa.
hmm macam tu la,bila aku cakap aku single,ramai member aku yang tak caya.pastu ada yang cakap aku ni memilih sangat.YA!memang aku memilih pun,tak salah kan kalau kita nak yang terbaik untuk diri kita.
setiap orang ada cita rasa masing-masing,sama jugak la dengan aku.
aku tak kisah la kalau sekarang ni aku MASIH LAGI SINGLE,sebab aku yakin Allah dah tetapkan setiap orang akan ada pasangan.lagi pun tak perlu la aku nak pikir pasai benda ni sebab aku pun muda lagi.
sesetengah orang bercinta,berkapel,berdating,berkepit sana sini,berpegang sana sini,ber i love u,bagai nak rak tapi lastly tak kawin pun,bagi yang kawin tu tak sampai setahun hidup berumah tangga lepas tu bercerai.buat apa,tak nak la aku jadi macam tu.simpang malaikat 44.
apa yang penting kita cari pasangan yang betoi-betoi memahami kita,boleh membimbing kita dan mempunyai asas keagamaan yang kukuh.hah yang tu la yang penting.lagi satu aku berpegang kepada kalau dah JODOH tak kan ke mana punya.=)
 betul tak???

Tips temu duga

 Masalah penganguran sering terjadi,masalah itu bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang berpendidikan rendah dan menengah malah turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi atau graduan..

-berikut terdapat beberapa tips yang aku telah sediakan untuk kita praktik bersama-sama apabila kita hendak pergi untuk temu duga..



*cara terbaik menunjukkan keinginan terhadap jawatan yang dipohon semasa temu duga
= mesra dan sentiasa senyum

*cara terbaik pamer keyakinan diri
= tegas dan suara yang kuat

*terang mengenai diri
= jangan cerita tentang kehidupan anda
= berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan,pengalaman di dalam pekerjaan

*apakah kelemahan diri(jawapan yang negatif tapi sebenarnya bagus)
= saya kadang kala kurang sabar tapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik
= bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadangkala saya terlupa untuk makan

*berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu
= saya bukan pengeja yang bagus jadi saya akan bawak kamus bersama saya
= yakinkan penemu duga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut
= sekiranya terdapat kekurangan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu

*mengapa mereka perlu memilih anda
= terangkan sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti kerja yang lain yang boleh anda lakukan.

Bersahabat Tanpa Jatuh Cinta

Ada antara kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan lawan jenis.aku pun ada jugak sahabat baik yang aku kawan sejak dari form 1 lagi,kami memang kawan baik tapi pernah la jugak bergaduh,nasib baik lepas tu kami baik balik.Akan tetapi persahabatan begini selalunya mengundang pandangan serong oleh rakan-rakan aku yang lain.ada yang mengejek yang kami ni kapel la.(serius benci gila bila kena ejek macam tu).


Lelaki dan wanita yang rapat sering kali dikaitkan dengan perasaan cinta dan sememangnya tidak dinafikan ia berlaku.ada persahabatan yang dibina ini hancur kerana cinta.oleh itu bagaimana mahu mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jantina tanpa ada melibatkan perasaan cinta.ini dia tips yang sering aku amalkan:-

  • bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji
  • menceritakan masalah yang universal bukan kehidupan rumah tangga dan masalah dengan pasangan yang boleh menjurus kepada simpati.
  • persahabatan haruslah di depan umum yang tidak terlalu menunjukkan kedekatan
  • elakkan pertemuan yang kerap,seeloknya usahakan melalui alat komunikasi
  • berkata jujur dan tidak mengada-ngada
  • paling penting anda sendiri menganggap dirinya teman tapi bukan yang istimewa.                                             

Apakah warna kegemaran anda?

Watak dan personaliti seseorang boleh dinilai mengikut pemilihan warna. setiap orang pasti mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna yang ada atau yang biasa disebut dengan warna kesukaan (favourite). dari situlah kita boleh lihat watak seseorang berdasarkan warna kesukaan dan pilihan masing-masing..


bagi korang yang meminati warna BIRU
-korang termasuk dalam jenis orang yang pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal.mengimpikan ketenangan dan ketenteraman. korang selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. demikian pula dalam bercinta kerana korang pintar dalam menyembunyikan perasaan.(macam aku =p) nak interframe jgk budak ni.hehe. ada juga biru yang melambangkan kesederhanaan, ceria, dan tegas.


bagi korang yang meminati warna HIJAU
-korang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk dan nyaman. korang adalah seseorang yng selalu memegang prinsip. dalam hal bercinta korang mengidamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai..


bagi korang yang meminati warna UNGU
-korang benar-benar luar biasa. dalam menghadapi masa depan korang tak pernah ragu-ragu, apa yang dilakukan adalah yang terbaik. korang pandai menyesuaikan diri dalam mengikut peredaran zaman. dalam bercinta, mereka yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih korang.    


bagi korang yang meminati warna MERAH
-korang jenis yang berwibawa dan senang membantu teman yang lemah. korang sulit untuk jatuh cinta. walaupun korang romantik, tapi korang jenis yang garang dan kasar. dalam kehidupan korang kurang menghadapi kesulitan sebab korang tangkas, tapi kehidupan korang sederhana.

Everybody around us always give attention for us!

Sukses: Kamu Boleh!  (",)
Sudah menjadi impian semua orang dapat hidup dengan sukses dan mewujudkan cita-cita. Ini sudah menjadi naluri alamiah semua orang. Tapi apakah kita sudah mempunyai modal untuk suskses??
Memang bukan mudah untuk mewujudkannya. Tapi itu bukan bererti kita tidak mampu menjadi orang yang SUKSES..

 
* Jujur pada diri sendiri                      

* Berfikiran jauh

*Bentuklah group yang kukuh

*Cari keseimbangan(emosi)

*Bangunlah(terima kritikan & pujian)

*Fokus

Jihad di jalan Allah..



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Marilah bersama kita renungkan kekuatan, ketabahan umat Islam yang membentuk benteng bagai tembok yang kukuh biarpun mereka dijamin dengan tusukan mata pedang yang tajam, lontaran lembing yang menusuk tubuh serta panahan yang menyakitkan tetapi mereka masih teguh menunggang kuda, berlari memegang panji-panji Islam biarpun tubuh bercerai-berai, mereka tetap meluru ke arah musuh sambil bertakbir menggamatkan suasana..

Mereka sanggup brjuang kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

   "Sesaat kesabaran seseorang kamu di medan jihad lebih baik daripada  Ibadah (biasa) seseorang kamu yang kamu lakukan selama 60 tahun."